Keblinger

Keblinger

Terminal Tasek Selatan, Bas Express Dan Ulat.

| 09 March 2011
Bulan lepas (selepas cuti Tahun Baru Cina)
Di ITBS, terpaksa beratur selama 30 mint sebelum mendapat tahu tiket bas ke JB pada sebelah pagi telah habis. Nasihat pekerja kauter,jika nak ke JB pada sebelah pagi kena pergi beli tiket di Terminal Sementara Bukit Jalil.


Di Bukit Jalil, memang ada tiket ke JB pada pagi hari itu tetapi tiket ulat. Tiket express ke JB di kauter untuk penjalanan siang semuanya telah habis. Dengan ulat tiket ke JB masih banyak lagi. Harga sepatut RM31.20 tetapi dijual pada harga RM 40.00. Mana penguatkuasa yang sepatut pantau ulat-ulat tiket ini. Tangguh niat nak ke JB pada hari itu sehingga esok hari nya.

Ahad yang lepas.
Kerana lewat 5 minit tiba di TBS , seorang rakan terpaksa beli bas express tiket baru kerana bas express ke JB yang asal telah bertolak tepat-tepat masanya sebagaimana tercatat pada e tiket.

Hari ini.
Memang betul bas express ke JB telah bertolak dari TBS tepat pada masanya seperti yang tercatat pada e tiket ia itu jam 8.00 pagi. Tapi bukan terus ke JB tetapi singgah dahulu di Terminal Sementara Bukit Jalil. Singgah pula bukan sekejab tapi lama. Tunggu ulat cari penumpang untuk ke JB. Selagi tak penuh bas selama tu lah bas tu tunggu. Selepas 50 minit baru lah bertolak. Bila komplain pemandu buat tak tahu sahaja. Sepatut sampai di Skudai jam 11.30 pagi tetapi sampai jam 12.30 tengahari. Lewat satu jam.

•TBS – Terminal Bersepadu Bandar Tasek Selantan.

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29