Keblinger

Keblinger

Siapakah yang nak bela isteri @ ibu yang mengadu suami serta anak mereka ketagih judi.

| 30 March 2011
Akbar Harian Metro hari ini telah melaporkan pihak berkuasa telah telah menyerbu 5 permis perjudian haram. Sila klik di sini untuk laporan lanjut.

Dalam laporan yang sama, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman, berkata lebih 1,000 pusat judi haram dikesan wujud di Kuala Lumpur. Beliau juga berkata dalm tempoh 2 tahun lebih 100 laporan dibuat isteri dan ibu yang mengadu suami serta anak mereka ketagih judi. Akibat sikap buruk itu mereka hidup susah dan merempat akibat kehabisan wang.

Siapakah yang boleh diharap untuk membela isteri @ ibu yang merana ini?.

Setakat ini yang bertegas mengharam judi adalah kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS. Di negeri Terengganu judi diharamkan tetapi terdapat usaha untuk menghalalkan kembali judi dengan alasan judi adalah hak bukan Islam.

Yang jelas, mereka yang tak boleh diharapkan untuk nak membela isteri @ ibu yang merana ini adalah Pengerusi DAP dan President MCA yang kata judi adalah hak bukan orang Islam walaupun judi jelas bukan budaya asal bangsa mereka. Itu sebab mereka mengkritik usaha kerajaan negeri Kelantan mengharamkan judi.

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29