Keblinger

Keblinger

Kalaulah Tok Guru Halalkan Judi

| 14 March 2011
Kalau Tok Guru halalkan judi di Kelantan, mungkin Tan Sri Vincent Tan si tauke judi Sport Toto boleh tolong senang rakyat Kelantan yang fakir. Lagi pun kita dah dengar bahawa Tan Sri Vincent Tan telah berjanji nak derma separuh hartanya untuk kebajikan.

Atau mungkin waris-waris Si Tauke Judi Genting, Tan Sri Dato Seri (Dr.) Lim Goh Tong, boleh sponsor sebuah sekolah Tahfiz di Kelantan sebagaimana Tan Sri Lim Goh Toh telah sponsor sebuah sekolah cina swasta di Kulaijaya, Johor.

Atau pengusaha- pengusaha judi mungkin boleh bagi dana kepada parti –parti Pakatan Rakyat Malaysia untuk bertanding di PRU 13 akan datang.

Judi haram di sisi Islam tetapi ia adalah hak orang bukan Islam bak kata Karpal Singh.

Betul ke judi budaya orang bukan Islam?

Adakah judi ini budaya orang cina?.. tetapi orang cina kata tidak.
Atau judi ini budaya orang India?...  tetapi orang India pun kata tidak.
Setakat ini tidak ada wakil dari penganut lain yang datang jumpa Tok Guru yang kata judi ini adalah sebahagian dari ugama mereka.

Jadi, judi ini budaya siapa?... Ada orang jawab judi ini budaya orang kapitalis, iaitu orang yang mencari wang dengan apa cara pun samada halal atau haram, janji wang.

Kita boleh tengok ramai si kaki judi merana akibat judi. Sepanjang hidup mereka hidup tak senang. Mereka berjudi menang sekali dan kalah banyak kali. Bukan sahaja mereka yang merana dikerja along si Lintah Darat Pengamal Riba tetapi keluarga mereka juga ikut merana.

Tok Guru perihatin tentang rakyat Kelantan tak kira yang Islam atau bukan Islam. Dia tak nak rakyat Kelantan merana akibat judi.

Rakyat Kelantan Sejahtera Tanpa Judi.

* Tok Guru merujuk kepada Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
   Menteri Besar Kelantan.

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29