Keblinger

Keblinger

Secangkir Kopi Pahit di Waktu Pagi

| 10 March 2011


Saya suka menghirup kopi panas terutama di sebelah pagi. Selain menikmati rasanya yang sedap kopi juga telah meningkat metabolisma saya perlukan.

Mengikut artikel yang saya baca hari ini kopi juga boleh mengurangkan risiko serangan jantung atau stroke. Mengikut kajian orang yang minum kopi 1 hingga 3 cawan sehari akan mempunyai kadar serangan stroke yang lebih rendah berbanding dengan orang langsung tidak meminum kopi. Ini adalah kesan dari antioksidan yang tinggi yang ada dalam kopi . Antioksidan ini dapat mencegah keradangan pada arteri dan menurun tekan darah. Kopi juga mengaktifkan oksida nitrik yang bertindak untuk pelebaran saluran darah.


Selain daripada itu kopi juga mempunyai satu lagi jenis antioksidan yang mana antioksidan ini boleh mengalakan dan meningkatkan kepekatan isulin yang berfunsi sebagai penghadam gula dalam tubuh kita. Ini bermakna orang minum kopi boleh mengurangkan risiko penyakit diabetis.

Kalau anda nak tahu kebaikan minum kopi anda boleh baca di sini tapi dalam bahasa orang putih. Jika anda seorang jenis kurang ‘pickup’ minumlah kopi dahulu sebelum baca artikal tersebut. Inya’allah anda boleh cepat faham kerana kopi boleh mencetus kuasa akal anda.

Perlu dingatkan anda jangan minum kopi disebelah petang kerana kopi boleh menganggu tidor anda. Masa yang sesuai untuk minum kopi ialah di sebelah pagi itu pun selepas minum air kosong.

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29