Keblinger

Keblinger

Solat : Asalkan Kita Mahu Di Mana-mana Pun Boleh

| 24 March 2011

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (Al-Baqarah 2:238)


Hamba Allah ini adalah seorang operator jentera pengorek ( backhoe ). Berbekalkan sebotol air dan hamparan guni gula beliau masih sempat meluangkan masa seketika untuk mendirikan solat fardu asar tanpa meninggalkan tempat kerja.

Kalau beliau nak bersolat di musolla yang terletak kira 1 000 m dari tempat kerja beliau terpaksa menguna jentera pengorek sebagai kenderaan yang tentu memakan masa dan juga bahanapi. Dengan bersolat di tempat kerja hanya mengambil masa kurang dari 15 minit dan tidak menganggu kelancaran kerja-kerja di tapak. Lagipun bersolat di tempat kerja berkat.

Sebenarnya kita tidak ada alasan untuk meninggal solat kerana di mana-mana pun kita boleh solat asalkan kita mahu menunaikannya.

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29