Keblinger

Keblinger

Taubat Boleh Ditangguhkan Kerana Tsunami Berlaku 6,000 km Dari Sini.

| 13 March 2011
Gempa dan Tsunami berlaku di Sendai, Jepun 6,000 km dari sini. Jauh beribu km, jadi anda tak perlu risau kerana tsunami tak akan sampai ke sini.

Ini bermakna anda boleh menangguhkan lagi taubat anda pada Allah. Anda boleh lagi meremah-remehkan ulamak – ulamak yang menyeru anda kepada kebaikan dengan menyamakan mereka dengan pengamal ajaran sesat. Anda boleh lagi merempuh larangan-larangan yang terdapat dalam Al-Quran seperti larangan mendekati zina, riba,judi, arak dan sebagainya.

Anda masih lagi boleh menolak hukum Al Quran yang anda kata dah lapuk itu dengan mengamalkan sistem sekular yang anda anggap moden.


Lagi pun Islam di Malaysia sudah sempurna. Kalau tidak pun sekurang-kurangnya Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Seperti mana yang anda sangka orang Melayu kalau mati akan masuk syurga tanpa perlu undi mana-mana parti pun kerana ia sudah Islam.

Dari segi geografi Malaysia terletak di kawasan selamat dan bukan terletak di Lingkaran Api Pasifik  seperti Jepun dan Indonesia yang terdedah dengan risiko gempa.

Jadi apa yang nak di risaukan. Teruskan hidup anda tanpa memperdulikan batas ugama yang telah ditetapkan oleh Allah.



Walaubagaimana pun anda perlu ingat dengan amaran-amaran Allah sebagaimana yang terdapat dalam al Quran yang bermaksud :

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (Al-Israa' 17:16)

Adakah kamu - (sesudah diselamatkan ke darat) - merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu, atau dia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu?(Al-Israa' 17:68)


Atau adakah kamu merasa aman (dan tidak memikirkan) bahawa Allah akan mengembalikan kamu sekali lagi ke laut, kemudian Ia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang memecah belahkan segala yang dirempuhnya, lalu Ia mengaramkan kamu dengan sebab kekufuran kamu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang boleh menuntut bela tentang itu terhadap Kami? (Al-Israa' 17:69)

Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (An-Nisaa' 4:18)

Jadi, bagaimana masihkah lagi anda ini menangguhkan taubat anda?
Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Qasas 28:16)

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29