Keblinger

Keblinger

Bila Si Fasiq Membawa Berita

| 25 March 2011

Bila si fasiq membawa berita, terutama berita yang boleh mengaibkan orang tertentu, haruslah kita semak berita tersebut.

Jangan tergesa-gesa membuat ulasan atau mengiakan berita tersebut sedangan kita jahil dalam hal yang diberitakan.

Janganlah kerana berita yang khabarkan itu boleh memberi keuntungan dari segi kebendaan atau dari segi pengaruh politik kepada kita maka kita terima bulat-bulat berita tersebut dan menyebarkan pula kepada orang lain.

Ingatlah amaran Allah dalam al-Quran yang bermaksud

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 49:6)

Maka dengan itu selidiklah dahulu berita yang kita dengar dan janganlah tergopoh-gapah sibuk ulas tak tentu pasal. Sebab kalau tak betul kita dapat dosa kerana menyebar fitnah dan kalau betulpun kita juga berdosa kerana menyebar aib orang lain.

Taubatlah cepat-cepat sebelum tsunami sampai.

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29