Keblinger

Keblinger

Siapa Kata Menang Judi Boleh Bahagia

| 08 August 2010
Judi hanyalah boleh membawa kemusnahan kepada pengamalnya. Sila rujuk Berita Harian hari ini, seorang petani di Sarawak telah membunuh diri akibat judi walaupun pernah memenangi imbuhan judi hampir satu juta.

Saya teringat pada satu masa dahulu, kira-kira 20 tahun yang lepas. Saya mempunyai seorang jiran yang suka berjudi nombor ekor. Katanya dia berjudi hanya untuk dapatkan modal untuk berniaga. Pada masa itu jiran saya berkerja sebagai security guard di Bazar Mara yang berdekatan kampong saya.

Judi ,Ceramah, Masjid dan Politik

| 06 May 2010
Judi adalah pertaruhah. Judi haram di sisi Islam. Allah telah menyamakan perbuatan berjudi dengan perbuatan minum arak, bertenung nasib dan menyembah berhala. Allah menyatakan perbuatan-perbutan tersebut adalah perbuatan syiatan. Sila rujuk al Quran surah Al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud ;

"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam (tenung nasib) adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh karena itu apakah kamu mau berhenti?!" (al-Maidah: 90-91)

Tiba-tiba kerajaan BN berkata ia sedang menimbangkan akan mengeluarkan lesen judi Piala Dunia.

Maka datang seorang peceramah,tak kiralah samada peceramah itu adalah orang pendakwah bebas atau seorang ustaz dari PAS atau NGO atau UMNO atau sesiapa sahaja, berceramah di atas masjid bercerita tentang judi itu haram berdasar al Quran dan hadis dan seterus menyeru supaya umat Islam memprotes atau membantah tindakan kerajaan BN. Sedangkan memprotes atau membantah kerajaan BN adalah jelas adalah satu tindakan politik .

Apakah perbuatan ini dikatakan mecemarkan kesucian masjid? Apakah akan berlaku perpecahan dikalangan ahli kariah yang berlainan parti kerana isu ini. Apakah perlu pihak penguasa masjid memberhentikan ceramah tersebut? Atau bagaimana ? Fikir-fikir dan timbang-timbang lah. Kita semua dikurniakan akal oleh Allah swt.

Membantah Cadangan Kerajaan BN Lulus Lesen Judi Piala Dunia

|
Hari ini Berita Harian melalui ruang berita mutakhir telah melaporkan bahawa kerajaan BN telah menimbang untuk mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan dengan alasan untuk mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Berita penuh boleh dibaca di sini.

Saya sebagai sebagai seorang Muslim dan rakyat Malaysia amat sedih dan tidak setuju dengan keputusan kerajaan ini. Adalah tidak logik pada akal pemikiran saya kerajaan memberi lesen pertaruhan ini semata-mata kerana hendak mencegah perjudian haram. Dalam Islam judi merupakan dosa besar dan sama seperti meminum arak, bertenung nasib dan menyembah berhala. Ia merupakan amalan syaitan dan syaitan merupakan makhluk yang dilaknat oleh Allah s.w.t.

Firman Allah:
"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam (tenung nasib) adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh karena itu apakah kamu mau berhenti?!" (al-Maidah: 90-91)

Untuk keterangan lebih jelas kedudukan judi dalam Islam sila baca teks khutbah Jumaat ini di sini.

Dengan ini saya menyeru semua rakyat Malaysia terutama umat Islam supaya memprotes rancangan kerajaan BN untuk mengeluarkan lesen judi Piala Dunia. Judi tidak mendatangkan kebaikan kepada sesiapapun sama kepada umat ataupun bukan umat Islam.


Petikan dari Berita Harian pada 06 Mei 2010.

Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan Piala Dunia

2010/05/06
KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.
Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya. - Bernama

Apa Yang Biasa Orang Bercouple Buat Walaupun Dilarang Oleh Islam

| 27 April 2010
1. Selalu memandang wajah pasangannya

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA:

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;

Dan katakanlah kepada wanita yang beriman:

Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

2. Selalu berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya

Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. – Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

3. Pasangan wanita selalu melunakkan suara bila bercakap dengan pasangannya

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)


4. Tidak sempurna menjaga aurat dengan pasangannya

ALLAH berfirman;
..dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

5. Saling sentuh menyentuh walaupun sekadar berjabat tangan.

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)


6. Selalu berangan-angan dan membayangi orang yang dicintainya

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Antara Cemburu Dan Dayus

| 31 March 2010
Hadis 1
"Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat mereka di hari kiamat ialah penderhaka kepada ibu bapa,perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki yang dayus."
(Hadis riwayat Ahmad)

Hadis 2
Rasulullah ditanya tentang apakah erti dayus lalu dijawab oleh baginda nabi dengan bersabda : “Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapakah yang berjumpa dengan ahlinya (iaitu isteri dan anak-anaknya).”
( Hadis Riwayat At-Tibrani)

Hadis 3
Ubadah bin Somit r.a yang berkata : "Jika aku nampak ada lelaki bersama isteriku, nescaya akan aku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi jawapan balas : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu berbandingnya, malah Allah lebih cemburu daripadaku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang nyata dan tersembunyi. "
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis 4
Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu ialah apabila seseorang hamba itu melakukan apa yang diharamkan oleh Allah.”
(Hadis Muttafaq 'Alaihi)

Sifat Cemburu adalah Wajib dimiliki oleh orang yang beriman kerana lawan perasaan cemburu yang disebut sebagai (ghirah) ini adalah dayus dan hukumnya ialah haram serta berdosa besar.

Cara-cara Mendidik Kaum Wanita

| 19 March 2010
Mungkin anda sudah baca atikel ini

Sedikit Nasihat Mengenai Cara-cara Mendidik Kaum Wanita

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...

Suara Wanita

| 18 March 2010
Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik(sesuai dan sopan).
(Surah al-Ahzab: 32)

Allah tidak melarang mereka secara mutlak untuk bercakap dengan kaum lelaki bahkan membolehkan, selama tidak mendatangkan fitnah bagi dirinya dan bagi kaum lelaki itu. Allah melarang kaum wanita untuk melembutkan suara dan mendedah kecantikan mereka semasa bercakap dengan kaum lelaki supaya mereka tidak tergoda ataupun tergugat keimanannya dan menimbulkan berahinya.

Taat kepada Suami

| 11 February 2010
Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi SAW ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang di jalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya.

Wahai isteriku…janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali.

Secara kebetulan ayahnya menderita sakit, maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada utusan itu,

Agar dia taati suaminya.”

Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumahnya. Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang bermaksud, memberi wahyu kepada Nabi yang bermaksud,

Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya. Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.

Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut oleh penjahil agama. Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka…dan bila melihat ke dalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita. Oleh itu takutilah kita semua akan kemurkaan Allah.

Hakim Dan Neraka

| 10 February 2010
“Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk surga. Yang masuk surga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang haq tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang haq dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (HR. Abu Dawud dan Ath-Thahawi)”

Iman Dan Istiqamah

|
Dari Sufyan bin Abdillah ra, aku berkata: "wahai Rasulullah saw ajarkanlah kepadaku dalam (agama) Islam ini suatu ucapan yang aku tidak akan bertanya tentang hal itu kepada orang lain selain engkau, (maka) Rasulullah saw bersabda: “Ucapkanlah: ‘aku beriman kepada Allah’, kemudian beristiqomahlah”" (HR. Muslim)

"Sesungguhnya orang-orang yang telah mengatakan Rabb kami adalah Allah, lalu mereka istiqamah, maka para malaikat akan turun kepada mereka, dengan mengatakan, “Janganlah kalian takut dan bersedih hati, bergembiralah dengan sorga yang telah dijanjikan untuk kalian "(Fushilat:30)

Taubat - Satu Peringatan Untuk Semua

| 02 February 2010
“Wahai hamba-hamba Ku, engkau berbuat kesalahan siang dan malam, namun Aku mengampuni semua dosa. Maka mintalah ampun kepada Ku dan Aku akan mengapunimu.” (Dirwayatkan oleh Muslim)

“Orang yang bertaubat dari dosanya seperti dia tidak berbuat dosa.” ( Hadith riwayat oleh Ibnu Majah; Shahih Al- Jami’ , 3008)

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dangan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya).” (QS At-Tahrim [66]:8)

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang yang beriman supaya kamu beruntung” (QS An-Nur [24] : 31)

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada Nya.” (QS Hud [11]:30)

“Khabarkanlah kepada hamba-hamba Ku, bahawa sesungguhnya Aku-lah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang, …” (QS Al-Hijr [15]:49)

“Katakanlah : “Hai hamba-hamba- Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sensungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Az-Zumar [39] :53)

“Ibrahim berkata : “Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan nya kecuali orang-orang yang sesat.”” (QS Al-Hijr [15] :56)

“Kecuali mereka yang telah bertaubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Aku Yang Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (QS Al-Baqarah[2]:160)

“Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak menyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu.” (QS Ar-Ruum [30]:60)

“Tidaklah mereka mengetahui, bahawa Allah menerima taubat dari hamba-hamba Nya…” (QS At-Taubah [9] :104)

“ … dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (QS Al-Hujarat [49]: 11)

“… dan bahawa sesungguhnya azab-Ku adalah azab yang sangat pedih.” (QS Al-Hijr [15]:49)
 

Copyright © 2010 N29