Keblinger

Keblinger

Judi ,Ceramah, Masjid dan Politik

| 06 May 2010
Judi adalah pertaruhah. Judi haram di sisi Islam. Allah telah menyamakan perbuatan berjudi dengan perbuatan minum arak, bertenung nasib dan menyembah berhala. Allah menyatakan perbuatan-perbutan tersebut adalah perbuatan syiatan. Sila rujuk al Quran surah Al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud ;

"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam (tenung nasib) adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh karena itu apakah kamu mau berhenti?!" (al-Maidah: 90-91)

Tiba-tiba kerajaan BN berkata ia sedang menimbangkan akan mengeluarkan lesen judi Piala Dunia.

Maka datang seorang peceramah,tak kiralah samada peceramah itu adalah orang pendakwah bebas atau seorang ustaz dari PAS atau NGO atau UMNO atau sesiapa sahaja, berceramah di atas masjid bercerita tentang judi itu haram berdasar al Quran dan hadis dan seterus menyeru supaya umat Islam memprotes atau membantah tindakan kerajaan BN. Sedangkan memprotes atau membantah kerajaan BN adalah jelas adalah satu tindakan politik .

Apakah perbuatan ini dikatakan mecemarkan kesucian masjid? Apakah akan berlaku perpecahan dikalangan ahli kariah yang berlainan parti kerana isu ini. Apakah perlu pihak penguasa masjid memberhentikan ceramah tersebut? Atau bagaimana ? Fikir-fikir dan timbang-timbang lah. Kita semua dikurniakan akal oleh Allah swt.

Membantah Cadangan Kerajaan BN Lulus Lesen Judi Piala Dunia

|
Hari ini Berita Harian melalui ruang berita mutakhir telah melaporkan bahawa kerajaan BN telah menimbang untuk mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan dengan alasan untuk mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Berita penuh boleh dibaca di sini.

Saya sebagai sebagai seorang Muslim dan rakyat Malaysia amat sedih dan tidak setuju dengan keputusan kerajaan ini. Adalah tidak logik pada akal pemikiran saya kerajaan memberi lesen pertaruhan ini semata-mata kerana hendak mencegah perjudian haram. Dalam Islam judi merupakan dosa besar dan sama seperti meminum arak, bertenung nasib dan menyembah berhala. Ia merupakan amalan syaitan dan syaitan merupakan makhluk yang dilaknat oleh Allah s.w.t.

Firman Allah:
"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam (tenung nasib) adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh karena itu apakah kamu mau berhenti?!" (al-Maidah: 90-91)

Untuk keterangan lebih jelas kedudukan judi dalam Islam sila baca teks khutbah Jumaat ini di sini.

Dengan ini saya menyeru semua rakyat Malaysia terutama umat Islam supaya memprotes rancangan kerajaan BN untuk mengeluarkan lesen judi Piala Dunia. Judi tidak mendatangkan kebaikan kepada sesiapapun sama kepada umat ataupun bukan umat Islam.


Petikan dari Berita Harian pada 06 Mei 2010.

Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan Piala Dunia

2010/05/06
KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.
Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya. - Bernama
 

Copyright © 2010 N29