Keblinger

Keblinger

Awas! Promoter Kad Hutang Di Hypermarket

| 12 December 2008
Hari ini ketika saya berada di sebuah hypermarket di Kepong saya di sapa oleh seorang promoter kad hutang .

Mula-mula promoter ini memujuk saya mengambil kad hutang yang dikeluarkan oleh sebuah bank tempatan. Saya tidak mahu dengan alasan saya sudah ada kad hutang.Beliau terus memujuk katanya kad hutang yang ditawarkan tiada yuran tahunan dan mempunyai had kredit yang tinggi. Saya masih menolak mengatakan saya tidak memerluka kad kredit baru.
 
Nampaknya beliau masih tidak berputus asa. Kali ini beliau menawar hadiah-hadiah percuma untuk saya pilih dengan syarat saya mengisi borang pemohonan kad hutang. Katanya lagi jika saya tidak mahu kad hutang tersebut saya boleh musnahkannya dan kembalikan kepada bank dengan menguna sampul yang dibekalkan. Saya masih bertegas yang tidak mahu kad hutang.

Akhir sekali promoter ini merayu kepada saya. Katanya hari ini dia belum dapat pelanggan lagi. Dia minta tolong saya memohon kad hutang agar dia dapat komisen untuk hari ini. Timbul juga rasa kasihan pada promoter kad hutang ini. Namun saya masih bertegas yang saya tidak memerlukan kad hutang tersebut sambil cepat-cepat meninggal tempat sebut.

Kegigihan promoter kad hutang ini mencari pelanggan boleh dicontohi namun harus diingat bahawa  bahana kad hutang adalah membebankan kerana hutang itu adalah umpama setan yang hidup.

Rasuah Adalah Maksiat

| 02 December 2008
Hadis 1
Bersabda Rasullullah s.a.w

"Laknat Allah swt ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah"-Hadis Riwayat Ibnu Majah.

Hadis 2
Bersabda Rasullullah s.a.w

"Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan dimasukkan ke dalam Neraka"-Hadis Riwayat Ath-Thabrani.

Saya rasa dua hadis di atas sudah cukup untuk menjauhkan orang –orang Islam dari melakukan amalan rasuah. Namun demikian saya lihat amalan rasuah masih berluasan dalam masyarakat kita hari ini. Seolah-olahnya kedua-dua hadis di atas tidak pernah mereka (yakni pengamal rasuah yang berugama Islam) dengar walaupun sering kali di baca dalam khutbah Jumaat ataupun dalam ceramah ugama yang terpancar dalam media elektronik.

Kesimpulan: Mereka memberi dan menerima rasuah kerana mereka jahat, mengikut hawa nafsu semata-mata dan terlalu mencintai dunia. Ingat kita akan mati.

Signboard Di Sepanjang Jalan

| 24 November 2008
Sebenarnya saya rasa tidak senang hati terhadap kebanyakan papantanda atau signboard penunjuk arah yang terdapat di sepanjang jalan raya samada jalan raya persekutuan atau jalan negeri. Ia meningkatkan tekanan saya sebagai pemandu apabila saya mengunakan jalan yang tidak biasa saya lalu. Bukanlah kerana signboard itu tidak memberi saya cukup maklumat tetapi kerana kebanyakan signboard ini selalu terhalang oleh dahan-dahan pokok landskap yang ditanam pinggir jalan. 
Signboard yang dibina dengan harga sekitar RM 10,000.00 hingga RM 30,000.00 sebuah menjadi tidak berguna kerana kecuaian majlis kerajaan tempatan atau JKR yang sepatutnya bertanggongjawab menyelenggarakanya. Signboard yang sepatutnya nampak pada jarak sekurang-kurang 100 meter menjadi sia-sia kerana tidak boleh dibaca walaupun pada jarak yang dekat.

Minyak Naik Minyak Turun Kapitalis Juga Yang Untung

| 12 November 2008
Adalah satu kezaliman bagi rakyat Malaysia jika kerajaan menetapkan paras minimum bagi harga petrol dan diesel tetapi tidak menetapkan paras minimum bagi gaji pekerja-pekerjanya. Ini adalah kerana jika bahanapi mempunyai paras minimum maka barang-barang lain pun akan turut mempunyai paras harga minimum dan paras harga minimum tak semestinya murah.

Saya hairan dengan sikap pemimpin kerajaan. Harga minyak serta merta naik bila harga minyak dunia naik. Sebagai alasan dia kata kerajaan terpaksa tanggung subsidi yang tinggi. Bila harga minyak dunia turun kerajaan berlengah-lengah untuk menurun harga. Katanya analisa perlu dibuat belum harga minyak turun. Bila minyak dunia terus turun dia pula memberi alasan paras minimum bagi kedua bahanapi perlu tetap kerana kerajaan perlu tanggong jumlah subsidi yang besar sehingga menjejaskan perbelanjaan pembangunan sektor lain. Maknanya minyak tidak akan diturunkan walaupun harga minyak dunia turun.

Nampaknya samada minyak naik atau turun rakyaat Malaysia tidak dapat menikmati apa-apa keuntungan dari proses ini walaupun negara ini adalah negara pengeluar minyak . Yang untung adalah kapitalis. Bila harga minyak naik harga barangan mereka akan naik. Mereka lebih untung dengan kenaikan tersebut. Bila harga minyak dunia turun, mereka lebih untung dengan penurunan tersebut kerana harga barangan mereka tidak ikut turun.


Roti Canai Teh Tarik Turun 10sen

| 11 November 2008
Mulai semalam roti canai dan teh tarik turun 10 sen manakala set nasi kandar turun 20 sen. Begitulah pengumuman oleh Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas). Kononnya penurunan ini adalah kerana keprihatinan pengusaha untuk meringan beban rakyat berikutan keadaan ekonomi tidak menentu.

Saya tidak setuju dengan alasan yang diberi oleh jurucakap kedua-dua persatuaan tersebut. Apa yang telah saya perhatikan sekarang kebanyakan restoran-restoran mengalami kekurangan pelangan sejak akhir-akhir ini akibat kenaikan minyak. Ini diakui sendiri oleh beberapa rakan saya yang mengusahakan restoran di sekitar Lembah Kelang. Segelintir pelangan telah mula membawa bekal atau makan di rumah bagi menjimat belanja. Bagi saya penurunan harga bagi ketiga-tiga jenis makan tersebut adalah satu kempen untuk menarik kembali pelangan ke restoran mereka.

Namun begitu penurunan ini adalah satu perkembangan positif walaupun ia tidak mendatangkan kesan dalam perbelanjaan harian saya. Sebenar roti canai dan nasi kandar tidak ada dalam menu harian saya dan saya hanya minum air suam. Saya tidak suka minum teh tarik.

Tahukan Anda Cara Betul Memberus Gigi ?

| 06 November 2008
Masih ramai antara kita yang  lagi tidak tahu memberus gigi dengan cara yang betul walaupun setiap hari melakukannya. Jika anda nak tahu cara yang betul untuk memberus gigi sila klip di sini.

Minyak Turun Yang Lain-Lain Tak Turun

| 15 October 2008
Syukur alhamdulillah minyak turun lagi hari ini. 20 sen bagi minyak petrol dan 15 sen bagi minyak diesel.

Bagaimana pula dengan barang-barang keperluan lain yang naik macam roket ketika harga minyak naik?
Nampaknya tidak ada tanda-tanda barang tersebut akan turun walaupun minyak petrol dan diesel sudah 3 kali turun.
Tiket bas express  masih lagi dikenakan surcaj sebanyak 30%. 

Minggu ini saya terpaksalah lagi pulang dari JB ke KL dengan tambang bas sebanyak RM23.90 +surcas RM7.20 = RM 31.10

Qasidah Burdah ~ Mesut Kurtis

| 12 October 2008




Qasidah Burdah is the famous poem written by Imaam Sharaf Uddin Muhammad Al Buseeri (608 - 695 AH), in praise of the Holy Prophet Muhammad (peace be upon him).

LOGIC vs RELIGION?

| 11 October 2008




Sekali-sekala baik juga kita dengar tazkirah dari saudara kita yang berada di Eropah.

Yang Baik, Yang Kurang Baik Dan Yang Buruk

| 25 September 2008
Yang Baik - Harga minyak turun hari ini.
Yang Kurang Baik - Harga minyak hanya turun 10 sen sahaja seliter . 
(Saya telah berharap agar minyak diturunkan paling minima 20sen seliter).
Yang Buruk - Harga barang-barang keperluan yang lain terus naik dan tiada tanda-tanda nak turun.

Saya bersyukur dengan penurunan ini tetapi berharap minyak akan turun lagi pada masa hadapan.

Maaf Untie Saya Berpuasa

| 21 September 2008
Satu hari ketika bulan puasa dua tahun lepas.

“Maaf untie, saya berpuasa” kata Fatihah kepada seorang promoter makanan segera yang berbangsa Cina ketika promoter tersebut menghulurkan sampel mee segera kepadanya untuk dirasai.

“Awak umur berapa?” tanya promoter tesebut kepada Fatihah.
“8 tahun” jawab anak saya sambil meninggalkan tempat itu.

Promoter tersebut memandang kepada saya dengan mimik muka yang semacam.
“Tidakkah umur 8 tahun terlalu muda untuk berpuasa?”
“Adakah Islam juga menyuruh kanak-kanak juga berpuasa?”
“Larat ke dia berpuasa sampai petang?"

Bertalu-talu ia bertanya soalan kepada saya. Jadi terpaksalah menerangkan kepadanya bahawa Islam tidak mewajibkan kanak-kanak berpuasa tetapi digalakan. Umur 8 tahun tidak terlalu muda untuk berpuasa kerana sebelum berpuasa orang-orang Islam disunatkan bersahur sebagai persediaan puasa. Jika anak saya tidak larat berpuasa sampai petang dia boleh berbuka pada bila-bila masa.

Tiada paksaan dalam Islam” sambil saya berlalu dari situ.

Awal bulan puasa pada tahun ini.

“Berapa abah nak bagi kalau kakak berpuasa penuh tahun ini?” tanya Fatihah kapada saya.
“Abah tidak akan bagi apa-apa?” jawab saya sambil memandang wajah kesayangan saya itu.
“Kenapa abah?” Fatihah kembali bertanya.
“Sebab kakak sudah berumur 10 tahun. Lagipun ganjaran berpuasa hanya Allah sahaja yang berhak membalasnya bukan manusia.” Fatihah menganggup kepalanya tanda setuju.

Siti Nabihah Berhati Waja

| 12 September 2008
Petikan berita dari Utusan Malaysia hari ini yang menyentuh hati saya mengenai seorang kanak-kanak yang bernama Siti Nabihah.

Mana Lebih Baik

|

Berbuka Puasa Secara Buffet

2 orang dewasa @ RM 49.50 = Rm 99.00
3 orang kanak-kanak @ RM32.00 =Rm97.00

Jumlah =Rm 195.00

Acara majlis:
Jam 6.45ptg – Bersedia untuk berbuka. Pilih dan ambil makan untuk berbuka. Sambil menunggu bersembang kosong
Jam 7.15mlm – Baca doa dan berbuka diiringi muzik melayu asli atau nasyid
Jam 7.40mlm – Berhenti sekejab untuk solat magrib
(biasanya terpaksa beratur sebab tempat solat yang sempit)
Jam 8.00mlm – Sambung makan sebab banyak lagi makan yang terhidang yang belum dirasa.
Jam 8.40mlm – Masih lagi makan
Jam 9.30mlm – Berhenti makan dan balik.
(Biasanya disebabkan kekenyangan miss solat tarawih ).

Kelebihan:
Dapat kekenyang kerana makan lebih had.
Kalau pahala hanya dapat pahala untuk 5 orang berbuka sahaja.
Tiada keberkatan kalau majlis bercampur aduh dengan muzik yang melalaikan
Tiada keberkatan kalau majlis bercampur bebas lelaki perempuan.



Berbuka di Masjid /Surau

5 kotak kurma @ RM 9.00 = Rm 45.00
1 kotak @ 5 orang dewasa + kanak-kanak =25 orang
Katakan 30 orang
30 orang @ Rm 5.00 =145.00
Jumlah = Rm 195.00

Acara majlis:

Jam 6.45ptg – Tahil rengkas dan zikir
Jam 7.15mlm – Baca doa dan berbuka dengan kurma
Jam 7.20mlm – solat magrib berjemaah
Jam 7.45mlm– Makan malam
Jam 8.15mlm – Berehat selepas makan sambil menunggu solat isyak( boleh baca al quran atau iktikaf dalam masjid)
Jam 8.40 – Solat isyak berjemaah diiukut oleh solat tarawih berjemaah
Jam 9.30 – 10.00 Selesai solat tarawih dan menikmati jamuan moreh.

Kelebihan :

Pahala berbuka puasa secara berjemaah
Pahala berbuka untuk 30 orang
Pahala solat berjamaah
Pahala zikir
Pahala solat terawih
Keberkatan makanan.
Dapat kerahmatan bulan Ramandhan.

Pilihan bijak di tangan anda.

Nasyid " Last Breath" oleh Ahmad Bakhatir (With Lyrics)

| 11 September 2008


Nasyid  " Last Breath "  oleh  Ahmad Bakhatir .  

Untuk semua yang berkenaan ( termasuk diri ku). Tolong hayati lirik nasyid ini supaya  insaf dan cepat-cepat bertaubat di bulan yang penuh rahmat ini.

This Is My Hijab

|


Nasyid "This Is My Hijab" oleh Ahmad Bakhatir ini adalah khas untuk isteri dan anak-anak perempuan saya.

Seorang Bangla Bernama Bilai

| 07 September 2008

“ Bilai, awak puasa ?” tanya saya kepada seorang Bangla semasa saya memeriksa kerja di tapakbina hari ini.
“No puasa , kerja susah, teruk, letih” jawabnya .

Jawapan yang saya terima adalah dijangkakan. Ini kerana kerja yang mereka lakukan adalah kerja buruh dan dibuat bawah panas yang terik.

Bilai adalah PADI (pendatang asing dengan izin). Bilai ada permit kerja. Bilai juga adalah orang Islam. Tetapi Bilai tidak puasa kerana kerja berat dan memenatkan. Majikan Bilai nampaknya tidak memberi kelonggaran kepada Bilai pada bulan puasa ini. Kerja yang kena buat adalah sama seperti bulan tidak puasa. Kerja buruh di bawah panas yang terik. Bekerja dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kadang-kadang sampai pukul 7.00 malam.

Mungkin majikan Bilai tidak faham betapa letihnya berpuasa kerana mereka bukan Islam. Atau mereka faham kerana mereka pun pernah lapar dan dahaga tetapi kerja yang dilakukan mesti siap cepat kalau tidak rugi.

Bilai sepatut diberi sedikit kelonggaran dalam bulan ini supaya beliau boleh mengerjakan ibadat puasa. Contohnya waktu kerja lebih anjal. Kerja mula pukul 7.00 pagi dan berhenti rehat dari pukul 12.00 tengahari hingga pukul 2.00 petang dan sambung kembali sehingga 5.00 atau 6.00 petang.


Bilai adalah seorang Bangla dari beribu-ribu buruh asing yang datang mecari rezeki di sini. Walaupun dia seorang buruh tetapi ia adalah tetamu dan saudara kita sesama Islam. Kebajikan untuk mereka beribadat haruslah dijaga supaya kita tidak dipersoalkan oleh Allah di akhirat nanti.

* Gambar Hiasan tidak berkait dengan cerita di atas.

Isu UiTM : Bantah Secara Berhemah Bukan Beremosi

| 16 August 2008

Sebenarnya saya tidak berapa setuju dengan cara mahasiswa berarak beramai-ramai untuk membantah cadangan MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka pintu kepada pelajar bukan bumiputera. Memadailah jika pihak mahasiswa menghantar beberapa orang wakil menemui MB Selangor untuk menyatakan bantahan atau tidak senang terhadap cadangannya itu. Ini kerana MB Selangor bukanlah pihak yang berkuasa yang boleh mengubah dasar yang sedang dipakai oleh UiTM sekarang. Kecuali pihak mahasiswa dan mana-mana pihak yang membantah terlalu yakin bahawa PR akan mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan persekutuan pada 16 September nanti

Harus diingat bahawa bantahan yang melampau dan penuh emosi akan membuat setengah masyarakat umum termasuk bumiputra dan bukan bumiputra akan meluat dan tidak senang hati. Rata-rata mahasiswa UiTM akan berada di kampus sekita 3 hingga 5 tahun dan selepas mereka akan keluar ke dunia umun untuk bersaing bagi mendapat pekerjaan. Buat masa ini kerajaan tidak mampu menyediakan pekerjaan kepada semua graduan UiTM dan mereka harus bergantung pada pihak swasta yang kebanyakan dikuasai oleh bukan bumiputra. Jika mereka (yakni majikan bukan bumiputra) berpakat dan protest dalam diam untuk memboikot graduan UiTM siapa yang akan rugi kalau tidak graduan UiTM itu sendiri. Kecuali jika graduan itu ingin berkerja sendiri atau mempunyai kabel yang kuat dengan pihak tertentu.

Pandangan saya ini bukanlah bererti saya setuju dengan cadangan MB Selangor. Sebagai bekas graduan ITM ( sekarang UiTM) saya ingin syorkan pihak mahasiswa membuat bantahan secara berhemah dan bijaksana. Jangan biarkan pihak yang berkepentingan politik mengambil kesempatan.

Pada pengamatan saya sekarang ini bukan bumiputra bukanlah terdesak dan berminat sangat untuk memasuki UiTM. Mereka ada banyak altenatif untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi samada di IPTA yang lain, IPTS, di dalam dan di luar negeri. Kuasa ekonomi mereka lebih baik dari kita. Mereka boleh belajar dimana mereka suka.

Kegagalan MRR2 Sebagai Satu Sempadan

| 04 August 2008

Saya selalu berdoa agar kegagalan sebagaimana jejantas yang dibina di MRR2 Kepong yang tidak berlaku ke atas mana-mana jejantas atau jambatan yang pernah @ yang sedang @ yang akan saya 'jaga' sepanjang karier saya selama ini.

Perodua Kancil Terputus Dua

| 29 July 2008
Gambar ini diambil dari halaman web  www.bharian.com.my pada hari ini. Apa yang menjadi persoalan saya apakah piawaan yang digunapakai oleh industri permotoran Malaysia  bagi memastikan kenderaan buatan Malaysia betul-betul selamat bila digunakan. Atau mungkin ini salah satu sebab kenapa Kerajaan Terengganu tidak mahu mengunakan kereta buatan Malaysia ?

* NGERI: Keadaan kereta Perodua Kancil yang terputus dua dalam nahas di Kilometer 50.2 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Jambu Bongkok, Marang, semalam. - Foto Noor Aznida Alias/ Berita Harian 29/07/2008

Muzakarah Atau Muqabalah ? Hanya Sekadar Gambar

| 28 July 2008
Saya dapat gambar ini di halaman web  www.dailyhaha.com dan saya rasa ia tiada kaitan dengan suasana politik di Malaysia walaupun berkemungkinan ada persamaannya.

Segalanya Sudah Terlewat......

|
Lucu atau ngeri ? Saya tidak tahu samada gambar ini lucu atau ngeri tetapi segalanya sudah terlewat. Pemuda ini sepatutnya tidak masuk gelanggang atau arina ini. Saya jumpa gambar ini di halaman web www.dailyhaha.com .

Sosialis Atau Kapitalis ?

|

Untuk Jimat Bil Elektrik Kita Jangan Jadi Penagih

| 24 July 2008
Sebagai persediaan untuk menjimatkan bil elektrik yang telah dinaikan kami sekeluarga telah besetuju untuk mengurangkan menonton TV. Kami telah berpakat untuk tidak menonton tv tidak lebih dari 2 jam pada hari biasa dan tidak lebih 4 jam pada hari minggu. Altenatif untuk itu kami memilih untuk membaca buku atau novel atau buat pekara lain yang kami rasa lebih berfaedah.

Tidakan ini bukanlah sesuatu yang drastik dalam keluarga kami kerana sebelum ini saya tidak membenarkan anak-anak kami untuk menonton TV antara maghrib sehingga 9.00 mlm. Anak-anak saya hanya biasa melihat TV hanya sebelah petang iaitu selepas pulang dari sekolah sehingga sebelum masuk waktu maghrib. Itu pun kalau meraka tiada akatviti di luar. Sebelah malamnya mereka mereka jarang menonton TV kerana mereka biasa masuk tidur sekitar pukul 10.00 malam.

Angah ,anak kedua saya, pernah memberitahu berdasarkan satu laporan dalam internet bahawa sesiapa yang lihat TV lebih dari 2 jam sehari adalah penagih TV yang tegar.

Sehingga ke hari ini kami masih lagi mempraktikkan langkah ini ( dah lebih sebulan).

7 Langkah Alternatif Bagi Mengatasi Beban Kenaikan Harga Minyak

| 29 June 2008
Alternatif 1: Kongsi kereta beramai-ramai

Alternatif 2 : Ubahsuai kereta dengan mengunakan kuasa kuda.



Alternatif 3:  Berbasikal ke tempat Kerja. (  pilihan YB-YB dari PKR untuk ke Parlimen)

Alternatif 4: "Skuter Pool" Untuk Seisi Keluarga



Alternatif 5 : Bullrinding ( Alternatif Untuk Mat Rempit atau orang nak cepat )


Alternatif 6 : Guna "Roller Blade" Untuk Perjalanan Jarak Dekat Atau Sederhana

Alternatif 7 : Guna Troli Supermarket -Sesuai untuk keluar secara berkumpulan. Troli hendaklah ditolak secara bergilir dengan penumpang.

Wanita Bertudung @ Tidak Sebenarnya Tidak Selamat Bila Berada Di Luar Rumah

| 24 June 2008
Seorang lelaki yang baik lagi beriman apabila melihat wanita dia akan segera menundukan kepalanya kerana takut timbul fitnah kepada dirinya dan juga pada wanita tersebut. Tak kira samada wanita itu bertudung atau tidak.

Manakala lelaki yang antara jahat dan baik apabila melihat wanita dia akan terus menerus melihat dan menilek seraya hatinya berkata cantiknya wanita ini. Tak kira samada wanita itu bertudung atau tidak. Jika dia teringat amaran Allah mungkin dia segera beristifar.

Dan lelaki yang jahat lagi fasik apabila melihat wanita dia akan terus menerus melihat dan menilek serta memasang niat untuk berbuat jahat kepada wanita tersebut tak kira samada wanita itu bertudung atau tidak. Dia mungkin tidak dapat meneruskan niatnya itu kerana faktor sekeliling seperti melihat wanita di khalayakan ramai atau seumpamanya. Maka dia akan ambil tindakan gantian dengan mesasarkan mangsa yang lebih lemah seperti wanita yang berjalan berseorangan di tempat yang sunyi. Tak kira samada wanita itu bertudung atau tidak.

Jika wanita itu bertudung serta mengenakan pakaian mengikut syariat Islam kebarangkalian lelaki untuk terus menerus melihat dan menileknya mungkin kurang berbanding dengan wanita yang berpakaian tetapi bertelajang. Jadi wanita bertudung lebih selamat berbanding wanita tidak menutup aurat. Di samping itu wanita yang berpakaian mengikut syariat Islam juga mungkin tidak menyumbang kepada jenayah rogol dan zina.

Walaubagaimanapun wanita yang bertudung tidak tentu lagi selamat kalau dia berada di luar rumah tanpa ditemani oleh suami atau bapanya atau saudara-saudara lelakinya atau ia tidak berjalan secara berkumpulan sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam. Kerana kebanyakan mangsa rogol adalah perempuan yang berseorangan di tempat yang sunyi atau wanita yang mengikut lelaki yang bukan muhrimya ke tempat sunyi.

Kesimpulanya wanita bertudung atau tidak bertudung sebenarnya ia tidak selamat apabila berada di luar rumah tanpa mengikut peraturan yang disyariatkan oleh Islam. 

Panduan Pakaian Muslimah Yang Diedarkan Oleh MPKB

|
( Khas untuk Umi Fatihah, Fatihah, Maryam dan saudari-saudari se Islam )

Tekanan Minyak Naik

| 22 June 2008
Pengusaha gerai buger di hadapan ofis tempat saya bekerja telah bercerita kapada saya bahawa perniagaannya merosot sejak akhir-akhir ini akibat kenaikan minyak. Katanya sebelum harga minyak naik jualan bugernya tidak kurang dari 30 biji bagi setiap malam tetapi sekarang nak dapat 10 biji pun susah. 
Begitu juga dengan seorang penjual nasi lemak di taman perumahan tempat saya bermukim telah menimbang akan berhenti dari meneruskan perniagaannya kerana pelanggan-pelanggannya semakin hari semakin kurang dan bahan-bahan asas untuk perniagaannya semakin hari semakin naik.
Dari dua situasi di atas saya dapat simpulkan bahawa orang ramai mulai berjimat-cermat tekanan akibat kenaikan harga minyak. Mereka hanya berbelanja hanya ketika perlu. Mereka telah terpaksa mengubah gaya hidup seperti yang disarankan oleh kerajaan. Atau lebih tepat kuasa membeli mereka telah berkurangan ditarik kerajaan.

Keperihatinan Seorang Operator Kantin

| 12 June 2008

Seorang penyelia tapak bina yang beretnik Cina telah memperihalkan kepada saya mengenai pengendali kantin yang berbangsa Indonesia yang beroperasi di tapak bina tempat kami berkerja. Katannya pengendali kantin tersebut telah mengenakan bayaran sebanyak RM3.50 untuk nasi, lauk dan minuman ketika ia makan tengahari di kantin tersebut. Tetapi pengendali kantin hanya mengenakan hanya RM2.50 untuk makanan yang sama kepada pekerja-pekerja yang sebangsa dengannya walaupun pekerja-pekerja tesebut berhutang.

Bila ditanya operator kantin ini kenapa ia berbuat demikian, sebagai jawapan beliau berkata bahawasanya orang Indon yang datang ke Malaysia adalah orang-orang susah dan ia tidak sanggup mengenakan cas yang tinggi berdasarkan harga pasaran kepada mereka walaupun mereka berhutang. Tetapi orang Malaysia terutama orang Cina adalah orang kaya dan mempunyai kuasa membeli yang tinggi jadi cas yang dikenakan adalah mengikut harga pasaran.

Saya sunggoh kagum dengan pengendali kantin ini kerana perihatin terhadap pekerja-pekerja sebangsa dengannya dengan memberi subsidi RM1.00 bagi makan tengahari walaupun berhutang. Kalau ditimbang-timbang nampaknya pengendali kantin ini lebih baik dari kerajaan pimpinan Paklah yang tidak perihatin dengan kuasa membeli rakyat Malaysia dengan menaikan harga minyak lebih 40 peratus semata-mata mengikut harga pasaran antarabangsa.

Kita harus ingat tiadapun negara yang jatuh bangkrupt kerana menjaga kebajikan rakyat tetapi banyak negara yang bankrupt kerana pemimpin yang bermewah-mewah dan korupt. Sejarah telah mengajar kita tentang pekara ini.


Kelebihan Tidur Awal & Bangun Pagi

| 11 June 2008

Mengikut satu kajian yang dilakukan di Texas University, pelajar yang bangun awal pagi telah mendapat GPA ( Grade Point Average ) yang lebih tinggi berbandingkan pelajar yang tidur lewat iaitu 3.5 berbanding dengan 2.5 ,  sebagaimana yang dilapurkan di webmd.com pada 9 Jun yang lalu. Laporan penuh boleh dibaca di sini.

Saya berharap anak-anak saya yang membaca blog ini, terutama Abiq Hassan yang sedang menuntut di salah satu IPTA dapat iktibar dari rencana ini.

Minyak Naik ~ Naik Minyak

| 05 June 2008
Tepat pada 12.00 tengah malam sebentar tadi minyak Petrol telah dinaikan sebanyak 41% daripada RM1.92 kepada RM2.70 seliter dan Diesel pula naik RM1.00 seliter dari RM1.58 ke RM2.58 seliter. Saya yang sedang terbeban dengan kenaikan Petrol sebelum pada ini sangat tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan ini. Walaupun kerajaan nak bagi sabsidi sebanyak RM625 setahun bagi setiap kereta yang kurang 2000cc dan RM150 setahun bagi motorsikal 250cc, saya rasa ini adalah gula-gula untuk mengurangkan marah rakyat pada kerajaan. Bila reda marah rakyat subsidi ini akan dimasuhkan. Ini adalah adalah tektik biasa yang pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Lagipun selepas hari ini harga apajua barang akan naik sejajar dengan harga minyak, maka nilai RM625.00 pada masa itu tidak lagi sama nilai dengan RM625 sekarang. Mungkin RM625.00 pada masa hadapan sama dengan RM62.50 pada masa sekarang. Sama-samalah kita lihat nanti.

Bagi saya kerajaan sepatutnya menaikan harga kedua-dua bahanapi sebelum PRU 12 yang lalu supaya senang rakyat buat keputusan samada setuju atau tidak dengan tindakan kerajaan BN ini.

Penglihatan~ Kurniaan Allah Kepada Kita

| 02 June 2008

Sunggoh keras hati mereka yang tidak insaf apabila melihat klip video ini. Kita patut bersyukur kerana Allah  telah mengurniakan kepada kita penglihatan dan salah satu kaedah bersyukur ialah menjaga pemandangan kita dari melihat benda-benda haram.

Air Percuma Untuk Rakyat Selangor

| 01 June 2008

Mulai hari ini rakyat yang bermaustatin di Negeri Selangor akan dapat menikmati air percuma 20m padu sebulan. Ini adalah satu komitmen kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran baru bagi memenuhi janji pilihanraya yang lepas.

Saya telah menasihatkan dan memastikan anak-anak saya supaya mengunakan air secara berhemah bagi memastikan tiada pembaziran walaupun air diberi secara percuma. Saya juga berharap pihak berkuasa dapat memastikan mutu air dapat tingkatkan walaupun air diberi percuma. Kalau boleh, saya tidak perlu lagi mahu pasang penapis air di luar rumah saya.

Walau bagaimanapun saya ingin ucap terima kasih pada kerajaan baru Negeri Selangor atas pemberian ini.

Kad Kredit ~ Satu Realiti

| 22 May 2008

Samada kita memotong kad ini atau kad ini memotong kita dengan bebanan hutang yang tak terhingga kecuali jika kita mampu mengunakannya dengan berhemah. Pilihan ditangan kita.

Bas Express "Ulat" Ganti Bas Express Konsortium

| 17 May 2008

Hari ini KPLP telah mengantung selama sebulan perkhidmatan bas express milik Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (KBES) kerana terbabit dalam banyak nahas jalan raya. Saya adalah salah seorang penumpang tetap bas syarikat ini. Saya sering mengunakan perkhidmatan bas ini untuk berulang alik dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur.

Minggu ini disebakan oleh penguatkuasan KPLP terhadap syarikat bas ini saya tepaksa mencari bas lain untuk pulang ke Kuala Lumpur. Malang sekali kebanyakan tiket bas telah habis kerana ramai telah mengambil kesempatan untuk pulang atau bercuti kerana hari Isnin ini adalah hari cuti umun.

Pada yang sama terdapat pihak ketiga yang dipanggil “ulat” telah mengambil kesempatan memonopolikan baki tiket bas yang masih belum ditempah. Mereka telah menjual tiket bas ini dengan harga lebih 2 kali dari harga biasa.  Harga Johor Bharu –Kuala Lumpur biasanya adalah RM24.00 telah naik kepada RM55.00. Orang yang terdesak mungkin terpaksa membelinya kalau tidak terkandas.

Saya sebenarnya kesal kerana pihak penguatkuasa tidak memantau kegiatan “ulat” ini. Sekadar memasang signage “ Jangan Beli Tiket Dengan Ulat” tidak mendatangkan apa-apa kesan apabila orang ramai terdesak. 

Minggu ini mungkin saya terpaksa batal niat untuk balik ke Kuala Lumpur.

*Gambar Hiasan :   Ini "Ulat" Puduraya bukan "Ulat' Larkin

Kisah Anak dan Ibu - Tauladan Untuk Kita

| 11 May 2008
Saya kagum melihat cara Kakmah menjaga ibunya semasa terlentang sakit. Setiap kali ia ingin merawat ibunya ia akan memohon dengan suara yang rendah. Ia akan menyentuh ibunya dengan begitu teliti dan lembut. Ia tidak pernah sekali-kali merungut atau menunjuk rasa kurang senang semasa melayan ibunya. Setelah urusan ia selesai ia berkali-kali memohon ampun pada ibu seolah ia telah melakukan suatu dosa yang besar. Ia tidak sekali membiarkan orang lain menguruskan ibunya kecuali jika keadaan tidak mengizinkan.

Kakmah adalah surirumah sepenuh masa. Suaminya adalah seorang guru besar. Kakmah boleh upah orang gaji jika ia mahu untuk jaga ibunya. Tetapi kata Kakmah dari kecil hingga ia berkahwin ibunya mengasuhnya tanpa orang gaji, maka tiada sebab ia hendak mengupah orang gaji menjaga ibunya . Lagi pun menjaga ibu adalah tanggong jawab anak bukan orang gaji. Katanya lagi ibunya telah menjaganya dengan penuh kasih sayang semasa ia kecil kenapa ia tidak boleh berbuat demikian semasa ibunya sakit.

Bonda saya bercerita Kakmah memang cekal dan ikhlas menjaga ibunya sehinggalah ibunya meninggal menemui penciptanya. Bonda kata keperibadian Kakmah sebagai wanita yang solehah adalah hasil daripada asuhan dan pendidikan ibunya yang begitu istiqomah dengan Islam.

Sengaja saya memblog kisah ini untuk menjadi tauladan kepada diri saya, isteri dan anak-anak.

Semperna Hari Ibu hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dari bonda walaupun bonda tidak baca blog ini. Saya berharap bonda mengampuni saya atas apa jua kesilapan yang saya lakukan.

Nota : Kakmah adalah jiran keluarga saya semasa kami sekeluarga bermaustatin di Machang. Ibunya adalah salah seorang rakan karib bonda saya.

Bye-bye Kad Kredit

| 07 May 2008

Pada beberapa bulan yang lepas saya telah menghantar notis tarik diri dari menjadi ahli kad kredit sebuah bank antarabangsa yang beroperasi di Kuala Lumpur. Atau dengan kata lain saya telah menutup akaun kad kredit setelah saya menyelesaikan bil yang terakhir.

Seminggu selepas notis dihantar saya telah menerima surat dari bank yang memujuk agar saya menarik balik niat saya dengan perbagai insentif tambahan. Antaranya saya tidak perlu lagi membayar fee tahunan kad tersebut sebanyak Rm140.00 setahun (untuk dua kad). Malah fee yang saya bayar sebelum ini dikembalikan dalam bentuk debit. Had kredit ditambah sebanyak RM 2,000.00 menjadikan RM20,000.00. Walaubagaimanapun saya tidak melayan tawaran tersebut.

Tetapi nampaknya bank ini tidak putus asa. Sekali atau dua kali sebulan mereka akan cuba menghubungi saya dengan telefon untuk memujuk saya agar terus mengunakan kredit mereka tetapi mereka gagal kerana nombor yang dihubungi adalah nombor telefon yang digunakan oleh isteri saya.

Dua minggu lepas pihak bank telah menghantar 2 kad kredit baru yang bertaraf emas dengan had kredit juga baru untuk memikat saya agar saya menguna kembali kad kredit mereka. Walaubagaimanapun saya tetap dengan pendirian tidak akan mengunakan kad kredit tersebut.

Sebab utama mengapa saya menolak pengunaan kad tersebut adalah kerana saya ingin bebas dari hutang. Lagipun bank ini tidak mempunyai banyak cawangan di negara ini .Saya terpaksa mengunakan perkhidmatan giro bank tempatan untuk melunaskan bil bulanannya.

Selamat tinggal “Bank Yang Tidak Pernah Tidur” ( “Never Sleep Bank”) kerana sekarang saya boleh “tidur” dari memikirkan cas kredit yang tinggi yang akan dikenakan jika saya terus mengunakan kad kredit tersebut.

Wanita ,Komuter KTM dan Sadin Dalam Tin

| 29 April 2008

Sedih sunggoh bila saya melihat seorang muslimah terpaksa bersesak-sesak dan berhimpit-himpit semasa mengunakan perkhidmatan Komuter KTM pada hari Jumaat yang lepas. Kejadian seumpama ini adalah “ biasa” terutama pada waktu puncak ketika warga kerja hendak pergi atau pulang ke pejabat. Tambahan lagi jika train pada waktu ini mengalami kerusakan atau dibatalkan. Penumpang dalam komuter yang seterusnya akan  lebih padat dari sadin dalam tin.

Dalam keadaan yang berhimpit-himpit dan bersesak-sesak macam-macam boleh berlaku. Raba meraba atau gesel mengesel boleh berlaku samada secara segaja atau tidak segaja. Malah ada penumpang komuter yang segaja menaiki komuter pada waktu ini semata kerana hendak bergesel.

Kalau tak silap saya pernah satu dahulu seorang pemimpin dari parti PAS, maaf saya tidak ingat siapa, telah mecadangkan supaya pihak KTM menyediakan sebuah train yang khusus untuk penumpang wanita sahaja . Tetapi disebabkan cadangan ini datangnya dari parti bukan kerajaan, seorang menteri telah mempelak bahawa tindakan ini adalah satu tindakan kebelakang dan tidak sesuai pada zaman sekarang. Pada hal negeri Jepun yang lebih maju dari negara kita telah pun mengadakan train yang khusus untuk wanita. Negara Jepun yang bukan negara Islam nampaknya lebih sensitif tentang maruah wanita dari negara ini.

Di suasana politik yang telah berubah saya berharap YB-YB yang mewakili warga Kuala Lumpur dan Selangor terutama dari kalangan wanita supaya mengesa pihak kerajaan supaya mengadakan train khusus untuk kaum wanita sekurang –kurangnya pada waktu puncak. Tidak payahlah anak-anak perempuan, isteri-isteri dan saudara-saudara perempuan kita berasak-asak menaiki komuter bersama-sama lelaki bukan muhrim mereka. Perjalanan mereka lebih selamat dan selesa. Maruah mereka lebih terjamin dan terpelihara.

Tidak "Glamour" , Panas dan Kotor

| 27 April 2008
Kerja ini tidak glamour, panas dan kotor menyebabkan ia tidak diminati dikalangan beliau di Malaysia.  Tetapi kerja ini boleh mendatangan gaji yang lumayan. Purata hasil pendapatan seorang tukang kimpal yang kompaten ialah antara RM2,000.00 hingga RM4,000.00 sebulan bergantung kepada pengalaman dan jenis kerja kimpalan yang dilakukan. 

Sekarang saya lihat pekerjaan ini banyak dilakukan oleh pekerja asing terutama dari Indonesia. Mereka asalnya adalah pembantu kepada tukang kimpal tempatan dan akan menjadi tukang yang mahir selepas 2 atau 3 tahun. Dan gaji pendatang ini adalah lebih baik dari graduan tempatan yang masih terkial-kial mencari kerja yang 'glamourous' dan sesuai dengan kelulusan mereka.

Projek Masjid SU Projek Siapa?

| 21 April 2008

Pada 3 Febuari yang lepas satu saya telah menyertai perhimpunan aman yang mendesak pihak berkuasa menyegerakan pembinaan Masjid SU telah diadakan. Seminggu sebelum PRU12 diadakan papantanda pembinaan Masjid SU telah dibangunkan. Beberapa hari yang lepas saya melihat pagar atau “hoarding” telah dipasang menyusuri perimeter tapak projek menandakan masjid akan mula dibina pada bila-bila masa.

Maka berkatalah seorang penyokong BN bahawa projek ini adalah projek kerajaan BN kerana ia telah diluluskan sebelum PRU12. Maka warga SU harus berterima kasih pada BN yang telah merancang pembinaan masjid ini. Kerajaan Selangor yang ada sekarang hanyalah meneruskan apa yang telah terancang. Saya setuju benarlah dengan penyokong BN ini kerana di papantanda projek ini pun tertera “Ini adalah Projek Kerajaan Barisan Nasional”. Tetapi siapakah yang akan membiayai projek kerana di Selangor BN tidak lagi menguasai kerajaan negeri.

Sebenarnya BN sebelum ini adalah pemengang amanah rakyat Selangor dan sekarang PR adalah pemengang amanah rakyat Selangor. Yang membiayai projek ini adalah wang rakyat Selangor dan bukan wang BN atau wang PR.

Bagi saya siapa yang buat masjid ini tak kisah. Apa yang saya kisah siapakah yang akan mengimarak masjid ini apabila ia siap kelak. Saya sangat-sangat berharap masjid ini akan kunjungi semua umat Islam yang bermaustatin di SU ini. Tak kira ia penyokong parti BN atau PR atau tidak berparti langsung. Saya sangat rindu suasana masjid semasa saya menghuni negeri Kelantan. Hampir setiap malam, terutama antara Magrib dan Isyak ada sahaja majlis ilmu yang diadakan. Saya berharap suasana ini akan menjadi realiti di SU ini.

Reaksi seorang sahabat saya terhadap kata-kata penyokong BN diatas . Katanya “Kalau projek masjid dikatakan projek BN dan projek “B…” dikatakan projek PR. Padahal kedua duanya diluluskan sebelum PRU12. Pelik sunggoh orang BN nih.”

Semak Dahulu "E-Codes" Sebelum Beli

| 18 April 2008
Merujuk kepada posting saya yang terdahulu saya ingin mengingatkan umat Islam supaya memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan dibeli dengan merujuk pada daftar kod E-CODES berikut. Jika kod-kod berikut ini tertera pada kemasan produk yang hendak beli, maka saya syorkan supaya batal niat anda kerana produk tersebut mengandungi lemak babi. 

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904. 

Awas! "Chewing Candy" Dari Kulit Babi

| 12 April 2008

Sila baca dahulu ingredient bahan makanan yang hendak dibeli dan pastikan ia tidak ada bahan-bahan yang diharamkan dalam seperti gelatin dari kulit babi. Ini telah terjadi kepada keluarga saya kira-kira tiga bulan lepas.

Anak keempat saya Fatihah telah membeli “chewing candy” yang berbentuk mini burger di Center Mart berdekat dengan SU. Semasa di rumah abang kepada Fatihah, Abdullah , telah membaca "ingredients" yang tercatit di paket “chewing candy”dan mendapati ia mengadungi gelatin yang dibuat dari kulit babi. Nasib baik ia belum dimakan lagi dan sempat kami membuangnya.

Hari ini saya telah melawat laman web PPIM dan dapat satu lagi “chewing candy” yang mengandungi gelatin kulit babi dan ia ada dijual di Seven Eleven. Memandangkan cawangan kedai ini ada di taman perumahan tempat kami tinggal, saya ingin berpesan kepada anak-anak dan jiran-jiran saya supaya berhati-hati. Kalau tidak perlu jangan berbelanja di sana. Lagipun barang-barang di “convenient store” seperti Seven Eleven lebih mahal dari kedai biasa.

Beras Oh Beras

| 10 April 2008


Harga beras super cap Kota 
sebelum pada ini               RM 15.80 (setiap 10 kg)
Pada dua minggu lepas      RM 16.80 (naik 6.33%)
dan semalam                   RM 18.00 (naik 12.65%)
 
Kenaikan harga beras sebanyak RM2.20 dalam tempoh dua minggu mungkin satu nilai yang kecil bagi orang seperti saya. Tetapi jika dikumpul dengan kenaikan bahan-bahan keperluan lain, nilai yang kecil  ini akan menjadi besar. Jika corak kenaikan harga bahan kerperluan lain  sama seperti beras , untuk mudah kiraan kita ambil 10%, maka  perbelajaan harian kita meningkat pada peratusan yang kurang sama. Jika sebelum pada ini perbelanjaan dapur keluarga saya ialah RM1500 sebulan, maka sekarang perbelanjaan dapur keluarga saya RM1650.00. Peningkatan RM150.00 sebulan.

Jika kita merunggut, menteri yang menjaga hal ehwa penguna akan kata harga siling beras super ialah antara  Rm1.60 dan R1.80 sekilo. Jadi harga beras RM 18.00 per 10 kilo adalah masih dibawah siling. Lepas itu dia akan cari negara yang jual harga beras lebih mahal dari negara ini untuk buat perbandingan. Mungkin dia banding dengan negara seperti Singapura yang tiada sawah padi. Dia tidak akan banding dengan negara seperti Thailand atau Indonesia yang mana harga berasnya lebih murah. Ini lah realiti negara Malaysia. 

Bermula Dengan "B" Dan Berakhir Dengan "B"

| 09 April 2008
(Saya minta maaf kerana posting saya bermula dari perkataan “babi” dan berakhir dengan “babi”)

I
“Babi !” terkeluar dari mulut bonda. Saya memandang bonda. Dalam hati saya berkata mengapa bonda mencarut. Setahu saya bonda tidak pernah bercakap bahasa kasar kerana bonda adalah orang hilir. Orang hilir bertutur kata dengar bahasa yang lembut dan beradab. Kalau menyumpah atau mecarut jauh sekali.

“ Nuh,tengok tu” tiba-tiba Makyam mencuit bahu saya. Bila menoleh saya lihat Makyam menunjuk kearah seekor binatang yang berkaki pendek, berwarna putih kemerahan dan mengekorinya adalah beberapa ekor anaknya yang saya agak-agak sebesar bapa kucing.

“ Itu apa Makyam?” saya bertanya kerana pada masa itu saya berumur enam tahun dan tak pernah lihat babi.

“Itu adalah babi” terang Makyam.

Saya mengganggup kepala saya. Sekarang baharu saya faham bonda bukan mencarut seperti mana budak-budak sekampung dengan mencarut bila mereka bergaduh. Tetapi bonda ingin menunjukan kapada saya binatang yang dipanggil babi . Itu lah kali pertama saya lihat babi.

Nota : Makyam adalah nenek saudara saya di sebelah bonda saya yang berkampung dipinggir Pekan Sungai Golok. Thailand. Dan binatang yang dipanggil babi adalah kepunyaan jirannya yang berbangsa Siam.
Orang Hilir bermaksud orang asal Kota Bharu.

II
Pada sekitar tahun 1973 saya mengikut keluarga saya berpindah ke Machang Kelantan mengikut ayahnda yang telah ditugaskan sebagai guru besar di sebuah sekolah di sana.

Di penempatan rumah kami sewa ,iaitu dipinggir ladang getah, terdapat tempat ternak babi yang diusahakan secara kecil-kecilan oleh Cina Kampung. Jarak tempat ternak tersebut dengan rumah kami adalah 200 meter.

Di kawasan ternak tersebut terdapat dua kolam takungan yang berkeluasan gelanggang tennis, dua kandang yang berpagar kayu dan satu kandang yang tertutup. Dikeliling kawasan kandang terdapat banyak pokok-pokok buah-buah yang ditanam.

Walaupun di situ tempat orang bela babi tetapi saya tidak pernah lihat babi di situ. Rakan-rakan sebaya saya kata babi ada di dalam kandang yang tertutup. Tuan punya babi tidak lepas babi berkeliaran, walaupun di ladang, kerana menghormati penduduk setempat.

Kadang-kadang saya ada melalui tempat tersebut sebagai jalan pintas ke rumah salah seorang rakan sebaya yang terletak di belakang kawasan tersebut.Saya akan berlari berjalan cepat-cepat kerana tempat ini ada ketika nya sedikit berbau. Lagipun saya takut kotaran dari ladang ini terkena diri saya .Kalau hujan saya langsung tidak lalu kawasan tersebut. Saya akan ambil jalan jauh.

Selepas setahun menetap kampung ini saya sekeluarga berpindah lagi. Saya tidak tahu apa yang terjadi ladang babi selepas itu. Apa yang saya tahu ialah sekarang tempat itu telah dibangunkan beberapa deretan rumah kedai dan menjadi sebahagian dari Bandar Machang.

Nota : Cina Kampong adalah Cina Kelantan

III
Satu ketika saya pernah ke Tasek Putri Rawang, untuk meninjau hartatanah di sana untuk kami beli. Salah seorang jurujual telah membawa kami melawat sebuah rumah contoh.

Ketika meneliti keadaan dan suasana taman perumahan tersebut. Isteri saya terpandang sebuah binaan yang beratap biru yang terletak dipinggir perumahan tempat kami berada. Kami ada bertanya jurujual pasal bangunan tersebut. Jurujual tersebut agak keberatan untuk memberi tahu kami.Setelah didesak jurujual telah memberitahu kami itu adalah tempat orang ternak babi. Tetapi untuk menyedapkan hati kami, jurujual tersebut memberitahu kami bahawa kerajaan Negeri Selangor telah pun mengarah pemilik ladang babi tersebut berpindah. Secara sinis isteri saya berkata patutlah banyak notis “ House For Sale” yang terpapar di situ. Kami telah membatal hasrat untuk memiliki hartanah di perumahan ini kerana babi.
Kami beralih satu lagi taman perumahan iaitu Saujana Utama tempat kami tinggal sekarang. Ada sekali sekala kami menghidu bau busuk . Punca bau bukanya datang dari tempat ternak babi tapi dari pusat ternak ayam yang terletak di kawasan berdekatan.

Nota : Kami ada dengar berita ladang babi yang berdekatan Tasik Putri telah dipindahkan 2 tahun selepas itu.

IV
Hari ini timbul isu Projek Ladang Ternak Babi yang bernilai 100 juta ringgit di Sepang. Penduduk-penduduk yang tinggal dikawasan yang berdekatan telah membantah. Kerisauan mereka ada asasnya. Mereka mungkin takut peristiwa di Bukit Pelanduk akan berulang lagi.

Kalau dilihat dari sudut yang positif saya projek ini ada baiknya. Mengikut apa yang saya faham, tempat yang hendak dibangunkan Projek Modern Pig Farming adalah kawasan utama perternakan babi di Selangor. Perternakan babi secara modern mungkin akan menyelesaikan masalah pecermaran alam sekitar kerana tiada bahan buangan yang akan dilepaskan.

Kalau projek ini tidak diteruskan saya jangka perternak-perternak akan terus-menerus menernak babi secara tradisional. Babi-babi yang pelihara semakin hari semakin banyak untuk memenuhi pemintaan. Pecermaran alam sekitar akan mejadi bertambah teruk. Bila bertambah teruk panggil Karam Singh Wallia pun dah tak guna. Panggil FRU lagi tak guna kerana FRU takut babi. Tengok apa yang telah berlaku dekat Melaka tempoh hari.

V
Vicent Lee adalah salah rakan sekerja saya semasa saya bertugas di Cheras, Selangor. Vicent Lee berkata dia tidak makan babi dan dia juga tidak akan pakai kasut dari kulit babi.

Saya ada tanya kenapa. Vicent Lee telah menerangkan bahawa dia ada baca satu lapuran saintifik mengenai babi. Mengikut lapuran tersebut babi diternak di tempat yang paling bersih sekalipun tidak dapat membunuh cacing-cacing yang terdapat di dalam badannya dan 99% cacing-cacing yang ada didunia ini mesti ada terdapat dalam badan babi. Telur cacing di kulit babi , walaupun kulit telah diproses, boleh menetas bila ia menemui hos atau perumah baru.

Kata Vicent Lee lagi, dia pernah tengok cacing yang masih lagi hidup dalam daging babi walaupun daging tersebut telah diempokkan mengunakan periok “pressure cooker” selama sejam. Sejak dari itu dia telah mengambil keputusan tidak akan makan daging babi atau membeli kasut dari kulit babi.

Nota : Vicent Lee adalah orang Cina yang menetap di Shah Alam, Selangor.

20 Petua Rumahtangga Bahagia

| 06 April 2008

Klip Video : Satu ceramah yang baik untuk dihayati oleh Ustaz Riad Quarzizi. Beliau  telah mengariskan 20 petua  rumahtangga bahagia untuk kita amalkan .


Riad Ouarzazi was born in Casablanca, Morocco and, after achieving Islamic education degrees from M. Abdullah University, moved to the States in 1988, where he pursued a BA in International Management and a Masters of Science in Computer Information Systems. 
He was very active in the da'wah work and acted as the Media coordinator for the Islamic society of San Francisco.
He studied the Islamic Creed under Sheikh Waleed Basyouni, and Fiqh under Sheikh Waleed Idrees both of whom are teachers at the American Open Univeristy. 
He moved to Canada in 2001 and became quite active in the Islamic work, conducting lectures and khutbas in several masjids in the GTA.
Currently he is concentrating on the science of Hadeeth.    

Satu Blog Dari 500, 000

| 02 April 2008

Hari ini saya difahamkan bahawa Utusan Malaysia melaporkan bahawa terdapat  500,000 pengendali laman blog yang aktif di Malaysia dan   yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia. Salah satu dari 500,000 itu adalah blog ini. Dengan ini saya rasa kehadiran blog ini tidak disedari oleh pelayar-pelayar internet kecuali yang tersesat sekali sekala. Tetapi saya tak kisah kerana blog ini adalah satu medan saya berinteraksi dengan anak-anak saya disamping saya meluahkan apa sahaja yang terbuku dihati saya.

Adakah Kau Lupa ? Salahuddin Yusof Al Ayubi

| 31 March 2008


Salahuddin adalah panglima Islam yang telah membebaskan Baitulmaqdis yang terletak di Plastine.  Saya selalu membaca kisahnya dalam buku-buku sejarah Islam. Salahuddin adalah seorang tokah yang saya amat minati dan kagumi semasa saya kecil. Hari ini watak Salahuddin dihidupkan kembali dalam bentuk aminasi. Saya harap watak ini akan menjadi idolah putra putri Islam pada masa kini. Syabas saya ucapkan kepada penerbit yang berusaha bersunggoh-sunggoh menerbitkan aminasi ini.

Bukti Saintifik Mekkah Adalah Pusat Dunia

|


Klip Video : Neil Amrmstrong telah membuktikan bahawa Mekkah adalah pusat dunia sebagaimana telah di uraikan saintis Muslim Mesir.

4 Ribu Warga German Masuk Islam Setiap Tahun

| 30 March 2008


Mengikut saluran tv German RTL & 3Sat terdapat 4 ribu warga German yang memeluk agama Islam setiap tahun yang mana sebahagianya adalah wanita. Adalah tidak mungkin mereka ini bertindak demikian jika Islam adalah agama keganasan seperti yang didakwa oleh Geert Welders, ahli parlimen Belanda, dalam filem "Fitna the Movie".

22 Ribu Saksi Warga British Masuk Islam

|


Wanita ini dikatakan tertarik dengan Islam setelah membaca dan meneliti kadungan kitab al Quran. Ini membuktikan bahawa al Quran bukan mengalakan keganasan sebagaimana yang didakwa oleh musuh Islam.

20 Ribu Warga US Masuk Islam Setiap Tahun

|


Laporan TV US mengatakan 20 ribu warga US masuk Islam setiap tahun. Ini adalah satu bukti Islam adalah ugama universal dan boleh di terima semua. Apa yang penting kita mesti belajar dan meneliti apa sebenarnya ajaran Islam itu.

Walaubagamanapun ini tidak disenang oleh musuh Islam. Cubaan terbaharu ialah menerbitkan mereka ialah menerbitkan sebuah filem yang memburukan Islam . Filem tersebut diberi nama "Fitna The Movie" keluaran seorang penerbit Belanda yang bernama Geert Wilders. Filem ini mengambarkan bahawa al Quran mengalakkan keganasan.

Di sini saya menyeru sesiapa sahaja yang terbaca post ini supaya memboikot apa jua produk atau perniagaan yang berhubung kait dengan Belanda.

Guridam Jiwa ~ Nyanyian Zaman Berzaman

| 29 March 2008


Klip Video Filem Melayu Klasik  "Guridam Jiwa" ~ Lagu yang dipaparkan adalah sebuah lagu yang "evergreen" yang tidak jemu didengar.



Klip Video Karaoke "Guridam Jiwa" ~ Nyayian Zaleha Hamid dan Abdullah Chik




Klip Video Karaoke "Guridam Jiwa" ~ Nyayian Dato' M. Daud Kilau & Syura



Klip Video Karaoke "Guridam Jiwa" ~ Nyayian Ramlah Ram

Budu Makanan "Superfood" ?

| 28 March 2008
Seekor ikan panggang tawar
Pucuk jenerih, ulam raja, terung celor atau pucuk beko
Budu yang diperah limau nipis ditambah lada burung
Woi... meleleh air lior
Mertua lalu pun tak sedar.

Budu adalah makanan tradisi orang Kelantan dan telah mendapat perhatian antarabangsa.
Orang-orang Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman telah buat kajian diikuti oleh orang Malaysia.  Mereka kata dalam budu ada sejenis zat yang dinamakan gluthaione (GSH)

Apa itu GSH?
GSH adalah sejenis zat yang sangat diperlukan oleh badan kita. GSH ada terdapat dalam sel manusia. GSH bertindak sebagai bahan antioksidan, penyahtoksid dan meningkatkan daya tahan badan( immune). GSH telah digelar ‘Master Antioxksidan’ badan kita. GSH telah disenaraikan sebagai salah satu 14 “Super foods” oleh Dr. Steven Pratt, pakar permakanan dan penuaan, dalam buku “SuperFoods Rx: Fourteen Foods That Change Your Life”.

GSH dikatakan berkesan dalam mencegah penyakit degenaratif seperti aterosklerosis, koroneri jantung, diabetes dan kaser kolon pada peringkat yang lebih awal. GSH juga dikatakan berkesan terdapat mencegah penyakit Parkison, ketidaksuburan orang lelaki dan penyakit HIV-AIDS. GSH juga boleh bertindak sebagai bahan anti penuan, pemakanan diet sihat dan dapat meningkatkan IQ. Kalau nak tahu maklumat lanjut mengenai GSH boleh masuk laman web www.glutathione-report.com atau www.1whey2health.com.

Kalau betul apa yang dikaji budu bukanlah makanan "low class" yang sering dipelekehkan dan dipersendakan. Budu adalah makan "first class" dan orang Kelantan patut bangga dengannya.

Tutup Aurat Di Kalangan Anak-anak

|
Ada seorang jiran bertanya saya kenapa saya selalu bertegas terhadap Fatihah mengenai permakaian tudung sedang beliau masih kecil dan belum baligh lagi. Katanya budak kecil dan belum baligh tidak wajib tutup aurat sepertimana orang dewasa. Lagi pun, sambungnya lagi, cuaca sekarang sangat panas dan merimaskan anak-anak kalau mereka pakai tudung.

Sebenarnya saya tidak setuju dengan pandangan jiran saya  itu. Hujah saya kenapa saya bertegas mengenai pemakaian tudung adalah mudah. Saya kata anak-anak kecil tidak diwajib solat.  Tetapi Nabi  Muhammad SAW telah mengajar kita untuk suruh anak-anak kita solat takala mereka berumur 7 tahun dan pukul mereka jika mereka enggan  takala mereka berumur 10 tahun. Solat adalah perkara rukun dalam Islam. Menutup aurat adalah salah satu syarat sah solat. Jadi adalah wajar jika kita  suruh anak-anak kita menutup aurat takala mereka beumur 7 tahun dan pukul mereka jika mereka enggan takala mereka berumur 10 tahun. 

Dan Fatihah telahpun melangkau umur 10 tahun samada ikut tahun Kamariah atau Shamsiah. Maryam berumur kurang dari 10 tahun jadi saya masih belum bertegas dengannya tetapi saya selalu menyuruh ia bertudung bila berada di luar rumah.

Coca-Cola, Minuman Atau Pencuci Tandas ?

| 26 March 2008


Pada hari minggu yang lepas saya menuntun sebuah rancangan realiti "How To Clean Your House", kalau tak silap saya , di TV 9 .

 Apa yang menarik perhartian saya ialah tip mencuci mangkuk tandas yang dipaparkan dalam rancangan ini. Mereka telah mengunakan minuman cola. Saya tak pasti samada Coca Cola, Pepsi Cola atau minuman cola yang lain kerana jenama yang dilekap pada botol telah dibuang. Dengan mengunakan kapisiti 1.5 liter mereka telan menuangkan minuman tersebut ke dalam mangkuk tandas yang terlalu kotor. Mereka sentai di keliling mangkuk dan biarkan selama 30 minit. Kemudian mereka "flus" kan tandas tersebut. Hasilnya mangkuk tandas yang kotor telah menjadi bersih dan baru. 

Adakah wajar minuman ini dijadikan pencuci tandas? Atau , adakah wajar kita minum minuman ini selepas kita tahu ia adalah pencuci tandas yang paling efektif dan murah ? Saya bukanlah pengemar minuman ini. Kalau ada saya minum kalau tiada saya tidak cari atau beli. Tetapi, buat masa sekarang,  saya tidak akan minum setelah melihat rancangan yang saya sebut di atas tadi.

Nilai Seorang Wanita

| 25 March 2008



Seorang pemuda telah memasuki pejabat tempatnya bertugas. Takala ia melintas pintu bilik rakan sekerjanya, iaitu seorang wanita berjilbab, ia terlihat betis wanita tersebut yang terdedah dengan secara tidak segaja. Sebagai seoerang warak beliau segera menundukan wajahnya dari terus melihat aurat wanita tersebut. Entah bagaimana hati kecil seolah-olah mendesak agar ia terus melihat apa yang tersedia didepan matanya. Apabila ia ingin menerus hasrat hatinya itu tiba-tiba ia teringat akan perintah Allah yaang terdapat dalam al-Quran yang bermaksud ...Jangan kamu hampiri zina. Lalu pemuda merasa takut dan malu lalu ia beristifar berkali-kali lalu segera beredar dari situ dengan segera.

Tingkah laku ini diperhatikan oleh seorang lagi rakannya , juga seorang wanita tetapi tidak bertudung. Wanita ini terus saja memerhatikan pemuda tersebut. Tiba-tiba sahaja wanita tersebut terasa malu kerana selama ini pemuda tersebut tidak pernah beristifar bila melihatnya. Sedangkan ia tidak menutup aurat. Tetapi sebaliknya pada rakan sekerjanya yang menutup aurat. Ia merasakan dirinya tidak bernilai di sisi seorang yang warak seperti pemuda tersebut. Di sisi Allah apa lagi.

Mulai dari peristiwa itu wanita tersebut telah berubah dari seorang yang seksi kepada seorang yang bertudung.

Selamat Hari Maulidurasul

| 20 March 2008

Hari ni adalah 12 Rabiul Awal 1429 iaitu hari maulidurasul Nabi Muhammad S.A.W. Orang Islam di Malaysia biasanya merainya dengan perarakan sambil bersalawat ke atasnya. Ini adalah sebagai tanda kasih mereka kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucap selamat menyambut Hari Maulidurasul. Yang mana tidak sempurna aurat selepas ini tutuplah aurat sebagai menunjukkan hormat kapada Rasullulah sebagai orang yang membawa risalah Islam. Yang mana makan riba berhentilah. Yang mana tidak solat, jangan tinggal solat lagi. Yang mana mengamalkan pergaulan bebas bertaubatlah. Yang mana derhaka kepada ibu bapa mohon ampun daripada mereka. Yang mana tak keluar zakat , keluarkanlah zakat. Yang mengamalkan Islam sekular, kembalilah kepada Islam yang bawa oleh Rasulullah.

Zawjati (Dear My wife)

|



Terjemahan Nasyid Zawjati nyanyian Ahmed Bukhatir


Zawjati (My wife)
(as given in the album Da'ani)

I love you the way you are,
I love you the way you were,
No matter what did or will happen,
You are and will be my darling
.

You're my rightful wife, I care not about
Those who like to reproach and irritate me.
It is our destiny to be
Together eternally.

In my heart you instilled love
With grace and good deeds.
Happiness vanishes when you disappear,
Life brightens when you're there
.

Hard is my day
Until you return home.
Sadness disappears
When you smile.

Life turns black
When you're upset,
So I work hard
To make your wish come true
.

You're my happiness.
May you be happy forever.
Our souls are united
Like soil and plants.


You're my hope, my peace
My good company and inspiration.
Life is good, no matter how hard it is,
When you're fine.

Petikan dari you tube

Nasyid ini saya petik dari youtube semperna ulang tahun perkahwinan dengan isteri saya yang ke 21. Semuga beliau senang dengan lagu nasyid ini walaupun dalam bahasa arab. Untuk memudahkan beliau menghayati saya ambil terjemahan dalam Bahasa Inggeris.

Terima Kasih Isteriku

|


Buat isteriku yang tercinta

Terima kasih kerana sudi menjadi isteriku selama 21 tahun. Kita selalu bersama samada di waktu susah atau senang. Sama-sama menangis dan sama-sama ketawa.

Terima kasih kerana melayan kedua bonda dan ayahnda bagai ibu bapa sendiri. Merawat dikala mereka sakit dan memasak dikala mereka lapar.

Terima kasih kerana menyusui dan menghayun buai untuk kelima-lima anakku. Berjaga malam dikala mereka sakit, tanpa rungutan dan keluhah sikitpun. kini mereka sudahpun hampir dewasa.

Terima kasih kerana kesabaran melayan kerenahku yang tidak romantik, tidak pandai memujuk ,tidak suka dipujuk dan kadang-kadang cerewet.

Terima kasih kerana mengigatkan ku semasa ku lupa, menegur ku ketika ku silap dan memaafkan ku ketika ku salah.

Terima kasih kerana masakan yang sedap ketika ku lapar dan menuang air sejuk ketika ku dahaga.

Terima kasih kerana mengurus rumah tangga dikala ku di luar daerah.

Terima kasih kerana memelihara tata susila dirimu sebagai seorang isteri ketika merada di dalam atau di luar rumah.

Terima kasih, atas kasih sayang yang dicurahkan pada ku, kedua ibubapaku, anak-anak ku.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih untuk lain-lain perkara yang ku lupa .

" Ya Allah , Ampuni diriku dan isteriku ini , Redhailah diriku dan isteriku dan masuklan kami dikalangan orang-orang yang bertaqwa. Amin."

Di blog ini saya ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun yang ke 21 buat isteri saya yang tercinta.

 

Copyright © 2010 N29