Keblinger

Keblinger

Gambar PRU 12

| 29 February 2008

Replika papantanda ini didirikan oleh pertugas PAS di SU, tetapi ia tidak dapat kekal lama kerana diroboh oleh pihak berkuasa tempatan walaupun masa berkempen belum tamat. Sebab-sebab ia dirobohkan tidak diketahui.

Karikatun PRU 12

| 26 February 2008

Jangan Serahkan Kelantan Pada BN

|
"Jangan serahkan Kelantan pada BN " pesan seorang pengundi dari Gelang Patah, Johor, apabila mengetahui saya adalah orang Kelantan. Saya bertanya balik, " Kenapa?", kerana saya hairan kerana kebanyakan orang Johor adalah pengundi setia BN-Umno.
" Kalau orang Kelantan menyerahkan Kelantan pada BN-Umno , negeri Kelantan akan jadi macam negeri Johor. Nampak sahaja negeri Johor membangun tetapi kemajuan adalah milik orang lain. Nampak sahaja rumah dan bangunan besar dan mewah tetapi milik orang asing iaitu orang Singapura. Nampak sahaja orang Johor kaya tetapi segelitir sahaja adalah orang milik orang kita, Melayu. Orang kita hanya dapat duduk atas tol tetapi orang asing dapat duduk atas tanah lot. Rumah semakin hari semakin hari mahal. Rumah dibina dijual kepada untuk orang asing dengan harga mahal untuk keuntungan. Orang Melayu miskin tak mampu beli. Ekonomi di dikawal oleh bangsa asing . Kos sara hidup pun tinggi di sini. Saya suka lihat negeri Kelantan. Ekonomi dikuasai sendiri oleh orang Melayu Kelantan. Masuk pasar saya lihat ramai orang Melayu berniaga. Kos sara hidup di sana pun murah. Pandai sunggoh Tok Guru memerintah. Rumah besar-besar adalah milik orang Melayu. Hari Jumaat saya tengok ramai orang berpusu-pusu ke Masjid untuk mendengar kuliah ugama. Saya lihat ramai orang duduk atas jalan semata hendak mendengar Tok Guru berkuliah. Tidak macam Johor. Elok-elok cuti hari Jumaat ditukar kepada hari Ahad. Saya tidak lagi dapat membawa anak saya ke masjid pada hari Jumaat kerana hari kerja. Masjid walaupun besar tetapi kosong kerana tiada kuliah ugama. Kuliah ugama tidak dapat adakan kerana takut ustaz kempen masuk pas." syarah pengundi tersebut.

"Tetapi saya mengundi di Selangor iaitu di kawasan parlimen Gombak " terang saya.
" Walaupun kamu tidak mengundi di Kelantan tetapi tolong sampaikan pesan ini kepada saudara mara kamu di Kelantan kalau tidak kamu akan menyesal." balas pengundi tadi. Perbualan kami terhenti bila handfonnya berbunyi.

Tanda Kiamat ?

| 20 February 2008
"Super Arch Bridge" adalah satu mercu tanda baru yang akan dibina di Dubai. Negara yang dahulunya adalah sebuah padang pasir sekarang telah berubah wajah dengan pembinaan bangunan-bangunan dan infrastruktur yang bertaraf "super" adalah hasil dari penemuan emas hitam di perut buminya. Apakah ini salah satu daripada tanda kiamat yang pernah digambarkan oleh Nabi Muhammad saw?

Pengundi Hantu Akan Pilih Siapa?

| 18 February 2008
Masyarakat dahulu sering mengaikan kubur dengan hantu. Jika ini benar bagai dikata parti manakah yang akan diundi oleh pengundi dikalangan hantu @ pengundi hantu pada pilihan raya kali ini ? Berdasarkan gambar yang diambil ini saya rasa pengundi hantu akan undi ... oop bendera yang ada tidak berapa jelas.

Makan Angin Di Sekitar Beserah Sebelum Pulang

| 17 February 2008
Hari ini selepas bersarapan pagi kami sekeluarga mengambil bersiar-siar di sekitar Beserah sebelum pulang ke SU. Fatihah ingin benar handak melihat pantai. Jadi saya telah menbawa keluarga ke Pantai Batu Hitam. Pemandangan di sini sunggoh indah. Apa yang unik tentang pantai ini ialah gegalur batu hitam yang terdampar di pantai ini. Hebat sunggoh kekuasaan Allah yang meciptanya.
Pada ketika lawatan kami pihak berkuasa tempatan sedang menaik taraf kemudahan tempat ini.
Gambar : Fatihah bersama Maryam dan Umi Maryam di Pantai Batu Hitam.

Majlis Menghantar CIk CT

| 16 February 2008

Hari kami sekeluarga ke Kuantan untuk majlis menghantar CT Masyitah ke rumah suaminya Mohammad Yusuff di Kg Jeram, Jalan Beserah, Kuantan , Pahang.
Syukur Alhamdulillah. Dengan terbinanya masjid ini maka berteriaklah syiatan sampai ke pagi.


Perjalanan Yang Lama

| 11 February 2008
Semalam saya dan keluarga berangkat pulang dari Padang Bongor ke SU dengan jarak perjalan sejauh 440km. Kalau dicongak di atas kertas 440km di bahagi halaju purata 90km/jam, masa pejalanan untuk sampai ke SU ialah lebih kurang 5 jam. Tetapi biasanya kami mengambil masa antara 7 hingga 9 jam. Ini disebab kami terpaksa melalui jalan yang berbukit-bukau terutama antara GM dan Kuala Lipis.
Semalam lain pula jadinya. Saya dan keluarga terpaksa mengharumi jalan sejauh 440km dengan masa 14 jam atau dengan kadar purata 31.4km/jam. Kami bertolak jam 9.00pagi dari KB dan sampai di SU pada 11.00 malam.
Antara punca-punca yang melamakan perjalan kami ialah

1. Trafik pelahan ketika memasuki Pekan Ketereh disebabkan sistem trafik yang buruk di pekan itu.
2. Trafik pelahan ketika antara Machang-KualaKrai sejauh 22km
3. Trafik pelahan ketika memasuki Bandar GM
4. Trafik pelahan ketika mendaki Bukit 7
5. Trafik pelahan ketika memasuki Bandar Bentung
6. Trafik pelahan ketika memasuki Lebuhraya Karak KL sejauh 45km disebabkan oleh kelemahan sistem kutipan tol.

Sebenarnya semua ini boleh di kurangkan jika
1. terdapat jalan bypass dari melalui pekan Ketereh, KualaKrai, GM dan Bandar Bentung.
2. Pengurusan sistem tol yang cekap.

Walau apa pun punca utama trafik sesak ialah kerana cuti Tahun Baru Cina dan ramai orang pergi bercuti terutama ke negeri-negeri Pantai Timur.

Selamat Pengantin Baru Cik CT

| 09 February 2008
Malam tadi saya menghadiri dan menyaksikan majlis akad nikah anak sauadara saya iaitu Ct Masyitah dan pasangannya Mohamad Yusuff. Akad nikah telah dikendalikan oleh imam masjid merangkap jurunikah di kariah kampung kami Padang Bongor. Ini adalah majlis akad yang paling ringkas dan mudah yang pernah saya hadiri. Imam telah memudahkan proses ijab dan kabul . Pengantin lelaki dapat menyempurnakan ijab dan kabul tersebut dengan sekali lafaz sahaja.

Apa yang menarik perhatian saya ialah khutbah nikah yang disampaikan oleh imam bukan sahaja ringkas dan padat tetapi bertepatan dengan keadaan semasa. Wasiat yang di sampaikan bukan sahaja berguna pada kedua-dua mempelai ini tetapi bagi mereka yang menyaksikan majlis akad nikad tersebut.

Antara intipati yang sempat saya ingat ialah

1. Tanggong jawab bersuami dan beristeri
2. Jangan tinggal solat dan selalu bersolat berjemaah suami isteri.
3. Jika bergaduh segeralah berdamai
4. Suami harus bersabar melayang keranah isteri.
5. Isteri jangan mudah minta cerai dengan suami.
6. Suami mesti menjaga aurat isteri.
7. Suami tidak boleh mengunakan harta isteri tanpa kebenarannya.
8. Jika isteri nushuz suami boleh menahan nafkahnya tetapi bila isteri kembali taat suami hendak mengembali nafkah yang tertahan itu.

Majlis ini lebih merupakan majlis ilmu bagi saya. Di sini saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Ct Masyitah dan Mohamad Yusuff. Semuga kalian berdua bahagia di dunia dan di akhirat sebagaimana yang telah disaran oleh imam

Senyum Adalah Sedekah

| 04 February 2008



Semasa saya melayari Flickr: Photo from ~ GAB~ saya menjumpai gambar ini.


Kami Mahu Masjid

| 03 February 2008
Hari ini saya telah menyertai satu perhimpunan aman bagi mendesak pihak yang berwajib menyegerakan pembinaan masjid di SU. Lapan tahun saya rasa ia adalah terlalu lama bagi penduduk SU menunggu bagi mendapat sebuat masjid. Saya tidak tahu apa masaalah yang dihadapi oleh pihak yang berwajib. Nak dikatakan tiada tapak, tapak dah ada. Nak dikatakan tiada peruntukan saya dengar pihak pemaju Bandar SU telah menyumbangkan peruntukan yang banyak. Dengarnya lebih dari dari satu juta.
Saya rasa penduduk-penduduk SU bukan menginginkan sebuah masjid yang indah dengan nilai berjuta-juta seperti Masjid Kristal di Terengganu. Saya rasa cukup dengan sebuah masjid yang sederhana tanpa kemasan mewah dan mahal.
Saya teringat sejarah hijrah Rasullulah saw, baginda sempat membangunkan Masjid Quba' hanya mengunakan pelepah tamar. Sebuah masjid yang didirikan atas asas taqwa bukan masjid yang didirikan dengan tujuaan untuk menyohor.
Saya di sini bukan ingin mencadangkan pihak berkenaan membina masjid dari pelepah kelapa sawit yang banyak di sekeling SU tapi ingin memyampai mesej tentang perlunya sebuah masjid di SU ini atas dasar yang sama seperti di atas.
Saya rasa penduduk SU tidak perlu menunggu selama 10 tahun seperti penduduk Tasik Putri Rawang bagi dapat sebuah masjid kerana birokrasi pihak-pihak yang terlibat.

*Gambar Hiasan adalah sebuah masjid yang terletak di Ubarila Lakes, Libya. Ubarila Lakes adalah sebuah pekan kecil yang kelilingi padang pasir di Libya.

Aurat Wanita Islam

| 01 February 2008
Panduan Menutup Aurat Untuk Wanita Solehah
(Istimewa Untuk Fatihah, Maryam dan Ummi Maryam)


Photobucket
 

Copyright © 2010 N29