Keblinger

Keblinger

Adakah Kau Lupa ? Salahuddin Yusof Al Ayubi

| 31 March 2008


Salahuddin adalah panglima Islam yang telah membebaskan Baitulmaqdis yang terletak di Plastine.  Saya selalu membaca kisahnya dalam buku-buku sejarah Islam. Salahuddin adalah seorang tokah yang saya amat minati dan kagumi semasa saya kecil. Hari ini watak Salahuddin dihidupkan kembali dalam bentuk aminasi. Saya harap watak ini akan menjadi idolah putra putri Islam pada masa kini. Syabas saya ucapkan kepada penerbit yang berusaha bersunggoh-sunggoh menerbitkan aminasi ini.

Bukti Saintifik Mekkah Adalah Pusat Dunia

|


Klip Video : Neil Amrmstrong telah membuktikan bahawa Mekkah adalah pusat dunia sebagaimana telah di uraikan saintis Muslim Mesir.

4 Ribu Warga German Masuk Islam Setiap Tahun

| 30 March 2008


Mengikut saluran tv German RTL & 3Sat terdapat 4 ribu warga German yang memeluk agama Islam setiap tahun yang mana sebahagianya adalah wanita. Adalah tidak mungkin mereka ini bertindak demikian jika Islam adalah agama keganasan seperti yang didakwa oleh Geert Welders, ahli parlimen Belanda, dalam filem "Fitna the Movie".

22 Ribu Saksi Warga British Masuk Islam

|


Wanita ini dikatakan tertarik dengan Islam setelah membaca dan meneliti kadungan kitab al Quran. Ini membuktikan bahawa al Quran bukan mengalakan keganasan sebagaimana yang didakwa oleh musuh Islam.

20 Ribu Warga US Masuk Islam Setiap Tahun

|


Laporan TV US mengatakan 20 ribu warga US masuk Islam setiap tahun. Ini adalah satu bukti Islam adalah ugama universal dan boleh di terima semua. Apa yang penting kita mesti belajar dan meneliti apa sebenarnya ajaran Islam itu.

Walaubagamanapun ini tidak disenang oleh musuh Islam. Cubaan terbaharu ialah menerbitkan mereka ialah menerbitkan sebuah filem yang memburukan Islam . Filem tersebut diberi nama "Fitna The Movie" keluaran seorang penerbit Belanda yang bernama Geert Wilders. Filem ini mengambarkan bahawa al Quran mengalakkan keganasan.

Di sini saya menyeru sesiapa sahaja yang terbaca post ini supaya memboikot apa jua produk atau perniagaan yang berhubung kait dengan Belanda.

Guridam Jiwa ~ Nyanyian Zaman Berzaman

| 29 March 2008


Klip Video Filem Melayu Klasik  "Guridam Jiwa" ~ Lagu yang dipaparkan adalah sebuah lagu yang "evergreen" yang tidak jemu didengar.



Klip Video Karaoke "Guridam Jiwa" ~ Nyayian Zaleha Hamid dan Abdullah Chik




Klip Video Karaoke "Guridam Jiwa" ~ Nyayian Dato' M. Daud Kilau & Syura



Klip Video Karaoke "Guridam Jiwa" ~ Nyayian Ramlah Ram

Budu Makanan "Superfood" ?

| 28 March 2008
Seekor ikan panggang tawar
Pucuk jenerih, ulam raja, terung celor atau pucuk beko
Budu yang diperah limau nipis ditambah lada burung
Woi... meleleh air lior
Mertua lalu pun tak sedar.

Budu adalah makanan tradisi orang Kelantan dan telah mendapat perhatian antarabangsa.
Orang-orang Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman telah buat kajian diikuti oleh orang Malaysia.  Mereka kata dalam budu ada sejenis zat yang dinamakan gluthaione (GSH)

Apa itu GSH?
GSH adalah sejenis zat yang sangat diperlukan oleh badan kita. GSH ada terdapat dalam sel manusia. GSH bertindak sebagai bahan antioksidan, penyahtoksid dan meningkatkan daya tahan badan( immune). GSH telah digelar ‘Master Antioxksidan’ badan kita. GSH telah disenaraikan sebagai salah satu 14 “Super foods” oleh Dr. Steven Pratt, pakar permakanan dan penuaan, dalam buku “SuperFoods Rx: Fourteen Foods That Change Your Life”.

GSH dikatakan berkesan dalam mencegah penyakit degenaratif seperti aterosklerosis, koroneri jantung, diabetes dan kaser kolon pada peringkat yang lebih awal. GSH juga dikatakan berkesan terdapat mencegah penyakit Parkison, ketidaksuburan orang lelaki dan penyakit HIV-AIDS. GSH juga boleh bertindak sebagai bahan anti penuan, pemakanan diet sihat dan dapat meningkatkan IQ. Kalau nak tahu maklumat lanjut mengenai GSH boleh masuk laman web www.glutathione-report.com atau www.1whey2health.com.

Kalau betul apa yang dikaji budu bukanlah makanan "low class" yang sering dipelekehkan dan dipersendakan. Budu adalah makan "first class" dan orang Kelantan patut bangga dengannya.

Tutup Aurat Di Kalangan Anak-anak

|
Ada seorang jiran bertanya saya kenapa saya selalu bertegas terhadap Fatihah mengenai permakaian tudung sedang beliau masih kecil dan belum baligh lagi. Katanya budak kecil dan belum baligh tidak wajib tutup aurat sepertimana orang dewasa. Lagi pun, sambungnya lagi, cuaca sekarang sangat panas dan merimaskan anak-anak kalau mereka pakai tudung.

Sebenarnya saya tidak setuju dengan pandangan jiran saya  itu. Hujah saya kenapa saya bertegas mengenai pemakaian tudung adalah mudah. Saya kata anak-anak kecil tidak diwajib solat.  Tetapi Nabi  Muhammad SAW telah mengajar kita untuk suruh anak-anak kita solat takala mereka berumur 7 tahun dan pukul mereka jika mereka enggan  takala mereka berumur 10 tahun. Solat adalah perkara rukun dalam Islam. Menutup aurat adalah salah satu syarat sah solat. Jadi adalah wajar jika kita  suruh anak-anak kita menutup aurat takala mereka beumur 7 tahun dan pukul mereka jika mereka enggan takala mereka berumur 10 tahun. 

Dan Fatihah telahpun melangkau umur 10 tahun samada ikut tahun Kamariah atau Shamsiah. Maryam berumur kurang dari 10 tahun jadi saya masih belum bertegas dengannya tetapi saya selalu menyuruh ia bertudung bila berada di luar rumah.

Coca-Cola, Minuman Atau Pencuci Tandas ?

| 26 March 2008


Pada hari minggu yang lepas saya menuntun sebuah rancangan realiti "How To Clean Your House", kalau tak silap saya , di TV 9 .

 Apa yang menarik perhartian saya ialah tip mencuci mangkuk tandas yang dipaparkan dalam rancangan ini. Mereka telah mengunakan minuman cola. Saya tak pasti samada Coca Cola, Pepsi Cola atau minuman cola yang lain kerana jenama yang dilekap pada botol telah dibuang. Dengan mengunakan kapisiti 1.5 liter mereka telan menuangkan minuman tersebut ke dalam mangkuk tandas yang terlalu kotor. Mereka sentai di keliling mangkuk dan biarkan selama 30 minit. Kemudian mereka "flus" kan tandas tersebut. Hasilnya mangkuk tandas yang kotor telah menjadi bersih dan baru. 

Adakah wajar minuman ini dijadikan pencuci tandas? Atau , adakah wajar kita minum minuman ini selepas kita tahu ia adalah pencuci tandas yang paling efektif dan murah ? Saya bukanlah pengemar minuman ini. Kalau ada saya minum kalau tiada saya tidak cari atau beli. Tetapi, buat masa sekarang,  saya tidak akan minum setelah melihat rancangan yang saya sebut di atas tadi.

Nilai Seorang Wanita

| 25 March 2008



Seorang pemuda telah memasuki pejabat tempatnya bertugas. Takala ia melintas pintu bilik rakan sekerjanya, iaitu seorang wanita berjilbab, ia terlihat betis wanita tersebut yang terdedah dengan secara tidak segaja. Sebagai seoerang warak beliau segera menundukan wajahnya dari terus melihat aurat wanita tersebut. Entah bagaimana hati kecil seolah-olah mendesak agar ia terus melihat apa yang tersedia didepan matanya. Apabila ia ingin menerus hasrat hatinya itu tiba-tiba ia teringat akan perintah Allah yaang terdapat dalam al-Quran yang bermaksud ...Jangan kamu hampiri zina. Lalu pemuda merasa takut dan malu lalu ia beristifar berkali-kali lalu segera beredar dari situ dengan segera.

Tingkah laku ini diperhatikan oleh seorang lagi rakannya , juga seorang wanita tetapi tidak bertudung. Wanita ini terus saja memerhatikan pemuda tersebut. Tiba-tiba sahaja wanita tersebut terasa malu kerana selama ini pemuda tersebut tidak pernah beristifar bila melihatnya. Sedangkan ia tidak menutup aurat. Tetapi sebaliknya pada rakan sekerjanya yang menutup aurat. Ia merasakan dirinya tidak bernilai di sisi seorang yang warak seperti pemuda tersebut. Di sisi Allah apa lagi.

Mulai dari peristiwa itu wanita tersebut telah berubah dari seorang yang seksi kepada seorang yang bertudung.

Selamat Hari Maulidurasul

| 20 March 2008

Hari ni adalah 12 Rabiul Awal 1429 iaitu hari maulidurasul Nabi Muhammad S.A.W. Orang Islam di Malaysia biasanya merainya dengan perarakan sambil bersalawat ke atasnya. Ini adalah sebagai tanda kasih mereka kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucap selamat menyambut Hari Maulidurasul. Yang mana tidak sempurna aurat selepas ini tutuplah aurat sebagai menunjukkan hormat kapada Rasullulah sebagai orang yang membawa risalah Islam. Yang mana makan riba berhentilah. Yang mana tidak solat, jangan tinggal solat lagi. Yang mana mengamalkan pergaulan bebas bertaubatlah. Yang mana derhaka kepada ibu bapa mohon ampun daripada mereka. Yang mana tak keluar zakat , keluarkanlah zakat. Yang mengamalkan Islam sekular, kembalilah kepada Islam yang bawa oleh Rasulullah.

Zawjati (Dear My wife)

|



Terjemahan Nasyid Zawjati nyanyian Ahmed Bukhatir


Zawjati (My wife)
(as given in the album Da'ani)

I love you the way you are,
I love you the way you were,
No matter what did or will happen,
You are and will be my darling
.

You're my rightful wife, I care not about
Those who like to reproach and irritate me.
It is our destiny to be
Together eternally.

In my heart you instilled love
With grace and good deeds.
Happiness vanishes when you disappear,
Life brightens when you're there
.

Hard is my day
Until you return home.
Sadness disappears
When you smile.

Life turns black
When you're upset,
So I work hard
To make your wish come true
.

You're my happiness.
May you be happy forever.
Our souls are united
Like soil and plants.


You're my hope, my peace
My good company and inspiration.
Life is good, no matter how hard it is,
When you're fine.

Petikan dari you tube

Nasyid ini saya petik dari youtube semperna ulang tahun perkahwinan dengan isteri saya yang ke 21. Semuga beliau senang dengan lagu nasyid ini walaupun dalam bahasa arab. Untuk memudahkan beliau menghayati saya ambil terjemahan dalam Bahasa Inggeris.

Terima Kasih Isteriku

|


Buat isteriku yang tercinta

Terima kasih kerana sudi menjadi isteriku selama 21 tahun. Kita selalu bersama samada di waktu susah atau senang. Sama-sama menangis dan sama-sama ketawa.

Terima kasih kerana melayan kedua bonda dan ayahnda bagai ibu bapa sendiri. Merawat dikala mereka sakit dan memasak dikala mereka lapar.

Terima kasih kerana menyusui dan menghayun buai untuk kelima-lima anakku. Berjaga malam dikala mereka sakit, tanpa rungutan dan keluhah sikitpun. kini mereka sudahpun hampir dewasa.

Terima kasih kerana kesabaran melayan kerenahku yang tidak romantik, tidak pandai memujuk ,tidak suka dipujuk dan kadang-kadang cerewet.

Terima kasih kerana mengigatkan ku semasa ku lupa, menegur ku ketika ku silap dan memaafkan ku ketika ku salah.

Terima kasih kerana masakan yang sedap ketika ku lapar dan menuang air sejuk ketika ku dahaga.

Terima kasih kerana mengurus rumah tangga dikala ku di luar daerah.

Terima kasih kerana memelihara tata susila dirimu sebagai seorang isteri ketika merada di dalam atau di luar rumah.

Terima kasih, atas kasih sayang yang dicurahkan pada ku, kedua ibubapaku, anak-anak ku.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih untuk lain-lain perkara yang ku lupa .

" Ya Allah , Ampuni diriku dan isteriku ini , Redhailah diriku dan isteriku dan masuklan kami dikalangan orang-orang yang bertaqwa. Amin."

Di blog ini saya ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun yang ke 21 buat isteri saya yang tercinta.

Forgive me ~ Nasyid oleh Ahmed Bukhatir

| 17 March 2008



English Nasheed

Lyrics:

Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two legs the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine
.


I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two ears the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine (less)

Bila sahaja saya mendengar nasyid ini saya terharu dan bersyukur atas segala pacaindera yang dikurnikan oleh Allah kepada saya. Selama ini saya saya seolah-olah lupa atas kurnia Allah ini.

' Ya Allah ampuni atas segala kealpaan kami atas segala kurnian Mu kepada kami. Ya Allah jadilah kami dikalangan orang bersyukur atas ni'mat yang Kau kurniakan ke atas kami. Amin'

X-Men Islam ?

| 16 March 2008

Dust (Sooraya Qadir) is a fictional character, a mutant in the Marvel Universe. She is one of the student body in the Xavier Institute and a member of the former Hellions squad therein. Created by Grant Morrison and Ethan Van Sciver, she first appeared in New X-Men #133 (2002), although her character was not fully developed until the New X-Men: Academy X series written by Nunzio DeFilippis and Christina Weir. She maintained her powers post-M-Day and is currently a member of the New X-Men team. She is a rare example of a positive Muslim comic book character.[1]
Origin
Dust is an adolescent Sunni Muslim girl who possesses the mutant power to turn herself into a sand-like substance. Born in Afghanistan, Sooraya is kidnapped by a slave-trading ring after she is separated from her mother. While one of her slavers tries to remove her niqāb, she instinctively lashes out with her powers and flays them all alive with her dust form before passing out. She is subsequently discovered and rescued by Wolverine and Fantomex. Wolverine takes her to the X-Corps base in India. Sooraya hides herself from the X-Men stationed there by turning into sand and spreading herself around the complex. Phoenix senses Sooraya's presence and telepathically convinces her to reveal herself to everyone present. Sooraya reforms and announces her presence by speaking a single word: Turaab. (dust).[2]


Di petik dari wikipidia

Dust (Sooraya Qadir ) adalah satu watak rekaan dalam komik barat yang terkenal iaitu X-men keluaran Marvel Universal. Watak yang digambarkan sebagai seorang watak wanita berpurdah.
Apakah tujuan ini watak direka oleh mereka ini? Walaupun watak diketengahkan sebagai watak positif saya percaya ada muslihat sebalik itu.


Pada pendapat saya tujuan utama ialah untuk menarik kanak-kanak Islam membeli komik ini. Walaupun Dust digambarkan sebagai wanita Sunni Islam yang menutup aurat tetapi banyak lagi watak-watak lain yang direka dengan gambaran yang mendedahkan bentuk badan, ataupun sekurang-kurangnya mereka akan mengambarkan Dust sebagai seorang yang sekular dan boleh bergaul bebas . Banyak muslihat mereka boleh selitkan secara halus untuk merosakan akhlak anak-anak kita. Jadi kita hendaklah berhati-hati. Kalau boleh tak payahlah kita beli komik seumpama ini.

* Gambar Hiasan :Salah satu contoh watak rekaan lain dalam komik X-men

Gambar Bangunan Tertinggi Di Dunia

| 14 March 2008





Arab Saudi Nak Bina Bangunan Setinggi 1.6km

|

DUBAI 13 Mac – Negara-negara Asia Barat berlumba-lumba membina bangunan tertinggi di dunia, dengan perkembangan terbaru Arab Saudi merancang membina bangunan paling tinggi di dunia setinggi 1,600 meter di Jeddah.
Langkah Arab Saudi yang merupakan pengeluar minyak terbesar di dunia itu dikatakan bakal menggugat projek pembinaan bangunan tertinggi lain yang sedang dibina di rantau Teluk itu.
Menurut kenyataan Middle East Economic Digest (MEED), Arab Saudi akan mengatasi kehebatan jiran-jirannya seperti Kuwait dan Dubai yang terkenal dengan projek pembinaan bangunan tertinggi dan berisiko tinggi di dunia.
Ketika ini, projek bangunan dan menara tertinggi di dunia yang dalam pembinaan ialah New York Freedom Tower setinggi 700 meter, di New York.
Sementara itu, MEED melaporkan pemaju projek itu, Riyadh Kingdom Holdings yang dikuasai jutawan Arab Saudi, Putera Al-Walid Talal akan membuka bidaan untuk kontrak membina bangunan itu pada Julai ini.
Jelas MEED, walaupun nama syarikat-syarikat yang terlibat bagi membina bangunan itu masih dirahsiakan, tetapi dua syarikat dari Britain, Hyder Consulting dan Arup dilaporkan akan bekerjasama menjayakan projek berkenaan yang bernilai AS$10 bilion (RM31.6 bilion).
Syarikat gergasi Amerika Syarikat, Bechtel pula telah dipilih sebagai pengurus pembinaan, manakala firma Arab Saudi, Omrania dipilih sebagai arkitek projek itu.
Baru-baru ini, Kuwait juga telah menyatakan rancangannya untuk membina menara setinggi 1,001 meter yang akan menggunakan seni bina klasik Arab yang dikenali sebagai projek One Thousand and One Night.
Tiga bahagian leper utama akan dibina meliputi masjid, gereja dan bangunan yang menggambarkan perpaduan antara tiga agama monoteistik.
Bangunan yang bakal menjadi salah satu projek yang diuar-uarkan dalam projek City of Silk menelan kos sebanyak AS$77 bilion (RM243.32 bilion).
– AFP

petikan dari Utusan Online pada hari ini

Adakah ini salah satu daripada tanda-tanda kiamat yang pernah diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadith beliau. ?
Negara Islam yang kaya sibuk dengan pembangunan material tanpa menghiraukan negara Islam yang miskin yang rakyat masih lagi kelaparan.
* Gambar Hiasan : Salah satu bangunan tinggi yang akan dibina di Dubai

Ahmad Dapat 6A

| 13 March 2008
Petang tadi saya telah terima panggilan dari ayahnda yang bertanya tentang keputusan SPM Angah. Disamping itu ayahnda telah memaklumkan berita baik tentang Ahmad yang telah dapat 6A dalam SPM yang lalu.
Ahmad adalah anak ke empat kepada kakak saya yang kedua. Tarikh lahir Ahmad sama dengan tarikh lahir saya. Sifat dan perangai, kata bonda dan kakak saya, sama seperti saya iaitu seorang pendiam. Ahmad seorang kreatif dan amat minat melukis terutama lukisan komik.
Saya bangga dengan pencapaian Ahmad ini. Nama penuh Ahmad ialah Ahmad Hasif Afiq. Tahniah! Ahmad semuga anda akan terus cemerlang di masa depan.

*Gambar Hiasan : Salah satu daripada lukisan Ahmad.

Tahniah Untuk Angah

| 12 March 2008
Hari ini anak kedua saya Yusuff @ Angah telah mendapatkan keputusan peperiksaan SPM nya di SMKSU. Beliau telah memperoleh 3A, 1B dan 6C. Satu keputusan yang diluar jangkaan saya kerana keputusan percubaan SPM beliau tidak memperolehi satu A pun.
Orang yang paling gembira dengan keputusan ini adalah isteri saya. Ia berkata keputusan ini adalah hadiah hari lahirnya yang paling istimewa tahun ini.
Syukur Alhamdulillah & Tahniah untuk Angah.

Selamat Hari Lahir Buat Isteri Ku

|
Selamat Hari Lahir buat isteri ku yang tercinta.
Semuga Selamat dari Kemurkaan Allah
Semuga ilmu dan Iman bertambah
Semuga Allah meredhaimu.

Salam Sayang dari suamimu di perantauan

Kemenangan Rakyat

| 09 March 2008
Nampaknya Allah memakbulkan doa rakyat Kelantan dengan mengekalkan kerajaan PAS di Kelantan. Takbir ! Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Disamping itu empat lagi negeri negeri jatuh ke tangan BA iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Ini adalah ketentuan Allah. Diharap semua rakyat Malaysia dengan hati yang tebuka dapat menerima keputusan ini.

Doa Munajat PRU 12 - Selamatkan Kelantan

|





Saya rasa sedih dan pilu bila melihat gambar-gambar ini yang saya dapati dari blog Roslan SMS Corner .

Suasana Bilik Gerakan PKR DUN Batu Caves

|

Sebentar tadi singgah di Bilik Gerakan PKR DUN Batu Caves untuk menghantar borang 14 keputusan PRU 12 bagi DUN Batu Caves bagi saluran mengundi SK Sg Tua Bharu.
Di sana saya disambut oleh beberapa lelaki India yang begitu bersemangat berayakan kemenangan Sdr. Amir Shari. Meraka tanpa segan silu memeluk siapa sahaja yang ke bilik tersebut termasuk saya. Nampaknya suasana politik Malaysia sudah berubah. Pengundi2 keturunan India bersorak kegembiraan merayakan kemenangan calun keturunan Melayu yang menewaskan calun keturunan India. Setimen perkauman diketepikan sama sekali.
Semasa saya meninggalkan bilik gerakan tersebut saya lihat beberapa pengundi keturunan India yang tiba untuk mengucapkan taniah pada Sdr. Amir Shari YB Dun Batu Caves yang baru.

PACA Tidak Kenal Calun

| 08 March 2008
Hari ini saya mengambil tugas sebagai PACA dalam proses pilihahraya umun ke 12. Saya mewakili calurn PKR Sdr. Azmin Ali bagi Parlimen Gombak dan Sdr. Amirrudin Shari bagi Dun Batu Caves.

Sdr Azmin Ali memang saya kenal tokoh aktivis politik parti PKR. Tetapi tidak dengan Sdr. Amiruddin Shari. Ini kerana sepanjang 13 hari kempen PRU 12 saya sedang bertugas di Selatan Tanah Air.

Pagi tadi lebih jam 10.00 seorang anak muda, dalam jangkaan umur 27 hingga 28 tahun datang ke pusat mengundi di mana saya ditempatkan. Pada sangkaan saya dia adalah salah orang petugas parti seperti saya tetapi jangkaan saya meleset. Beliau adalah calun PKR Dun Batu Caves ia itu sdr Amirrudin Shari.

Saya begitu kagum melihat melihat anak muda ini begitu berani memasuki bidang politik dalam usia begitu muda.


*PACA - Polling Agent Counting Agent

Tak Kelik Ngundi Ko ?

|
"Tak Kelik Ngundi Ko ?" Soalan lazim yang ditanya bila bercakap pasal PRU 12. Untuk makluman saya dan isteri saya telah memindah nama daftar mengundi dari Kelantan ke DUN Batu Caves dan Parlimen Gombak, Selangor. Ini adalah bagi membolehkan saya membantu PAS Gombak setiap kali ada pilihanraya. Saya percaya rakan-rakan seperjuangan dengan saya di Kelantan dapat menjaga negeri itu dari jatuh ke tangan BN.

Tetapi semenjak akhir-akhir ini isteri saya agak risau dengan kempen BN nak tawan Kelantan. Bukan dia tidak yakin dengan PAS Kelantan tetapi dia takut kalau-kalau BN main ilat.



* main ilat - tipu

Gendang Perang

|

Anak-anak Kelantan di perantauan agak cemas dengan dengan berita bahawa BN akan menawan negeri Pantai Timur itu dalam PRU 12 yang akan diadakan pada esok hari. Dengar khabar BN Kelantan akan membawa balik 20 ribu ( ada kata 80 ribu) orang pengundinya dalam kempennya kali ini.


Reaksi daripada itu mereka beramai-ramai balik ke Kelantan samada dengan kenderaan sendiri atau kenderaan awam. Memandangkan tiket-tiket bas ke pantai telah habis dibeli oleh BN, maka pihak PAS telah menyewa bas-bas sekolah dan pesiaran untuk mengangkut anak-anak Kelantan balik mengundi.


Pada jam 10.00 malam sebentar tadi, semasa saya ke Greenwood, Gombak untuk menghantar anak saudara saya menaiki bas untuk pulang mengundi di Ciku7, Gua Musang saya dapat melihat sekurang 10 bas yang telah disewa untuk diisi dengan penumpang untuk diangkut ke Kelantan. Ini tidak termasuk dari tempat lain seperti Shah Alam dan Bangi.


Adakah mereka balik untuk menyertai kempen BN atau PAS? Tapi dari apa yang saya dengar mereka ini nok kelik pakoh bule buke nyo dacin. Tak kira samada mereka balik dengan kereta sendiri atau bas yang disewa oleh PAS atau BN.


"Ya Allah minta-mintalah mereka mengundi bule"




Dialog Pilihanraya - Antara Ibu dan Anak

| 06 March 2008
Berdasar kisah benar yang berlaku di Johor.

Si anak : Emak nak undi siapa dalam pilihanraya nanti ?

Si ibu : Emak tak kenal lambang selain daripada dacing ?

Si anak : Emak boleh tak jangan undi BN tahun ni ?

Si ibu : Kan emak dah kata emak tak kenal lambang selain lambang dacing.

Si anak : Kalau emak undi BN juga saya dan cucu-cucu tak boleh selalu balik ziarah emak.

Si ibu : Apa yang telah menghasut kamu ini kerana politik sempit kamu sanggup jauhi diri dari emak

Si anak : Bukan begitu emak. Saya tak masuk mana-mana parti politik. Tapi kalau emak undi BN barang akan naik. Minyak akan naik. Tol akan naik. Pendek kata semua barang akan naik. Saya bukannya bergaji besar untuk menampung semua perbelanjaan saya anak beranak. Jadi untuk jimat kos saya tidak boleh kerap ziarah emak macam dahulu lagi.

Si ibu terdiam.

Harapan PRU 12 - PAS Menang Di Kelantan

|
Saya berharap dan berdoa agar PAS dapat mengekalkan kemenangan di Kelantan. Walaupun saya dengar ada pengundi hantu secara beramai-ramai akan ke Kelantan dan Terengganu untuk memenangi BN.

Malam tadi sepupu kepada isteri saya telah menalipon isteri saya dan mengadu bahawa namanya dalam daftar pengundi telah dipindahkan ke Perak tanpa pengetahuannya menyebabkan dia tak jadi balik ke Kelantan untuk mengundi. Yang peliknya dia tidak pernah tinggal bermautatin di mana-mana daerah di Perak. Selepas berlajar dia terus menetap di Kelang, Selangor.

Adakah ini tektik BN memindah pengundi tegar PAS tanpa kerelaan untuk mencapai kemenangan? Setahu saya pengundi tidak dapat mendaftar atau pindah lokoliti tempat mengundi tanpa mykad. Adakah mungkin ada dalang dalam SPR yang membuat kerja kotor ini?


Walau apa pun kemenangan adalah hak mutlak Allah. Saya yakin Allah menolong orang-orang yang berjuang untuk agama Nya. Lagi pun Allah akan memakbul doa-doa orang-orang yang teraniaya.


* Sepupu isteri saya talifon lagi mengatakan dia akan ke Perak untuk undi calun PAS di sana.

Pengundi Hantu

| 05 March 2008
Pengundi Hantu adalah pengundi yang sengaja diwujukan oleh pihak tertentu untuk memenang satu calun pilihanraya dengan cara menipu dan tidak demokratik. Dengan terbatal pengunaan dawat kekal dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, pihak tertentu dijangka akan mengunakan pengundi hantu untuk memenang calun mereka terutama di Kelantan dan Terengganu.
Jika benar perkara ini berlaku rakyat Malaysia adalah bernasib malang. Pihak yang sanggup melakukan perbuatan ini adalah sebenar pengkhianat negara dan bangsa.
"Ya Allah Ya tuhanku, selamatkan Malaysia dari mereka ini."

Poster Ini Milik Siapa ?

| 04 March 2008


Saya sukar nak percaya ada pihak tertentu yang sanggup mengeluarkan poster seumpama ini semata-mata nak menang pilihanraya. Ini adalah satu penghinaan bukan sahaja pada PAS tetapi juga pada Islam dan orang Melayu umumnya. Saya cukup yakin pihak yang mengeluarkan poster ini adalah orang yang terdesak.

Ubah Gaya Hidup

| 03 March 2008

Klip Video "Ubah Gaya Hidup"

Selamat Hari Lahir Ke 10

| 02 March 2008
Selamat Hari Ke 10 untuk anakku Fatihah.

Gula-gula BN Tak Sedap

| 01 March 2008
"Gula-gula BN tak sedap" kata anak bongsu saya Maryam. "Kenapa tak sedap ?" tanya saya. "Ingat ke sedap macam rasa strawberi rupanya tidak, harap warna sahaja merah. Kalau abah nak abah ambillah." Lalu diberikan beberapa biji gula-gula berlambang dacing kepada saya.
Seorang kanak-kanak pun sudah tahu memilih. Dia menolak perkara yang dia tidak suka walaupun diberi percuma. Saya juga akan menolak perkara yang saya tidak suka seperti anak saya.
 

Copyright © 2010 N29