Keblinger

Keblinger

Aku Idamkan Isteri Yang Cantik, Kaya dan Mulia

| 12 February 2011

Berkata seorang suami kepada isteri , “Dulu kamu muda dan cantik ... tapi sekarang kamu dah tua dan huduh, dulu kamu kaya gaji kamu tinggi ... tapi sekarang kamu dah miskin kerana kamu dah tak berkerja lagi, dahulu kamu mulia kerana kamu anak orang berkuasa ... tapi sekarang kamu dah jadi orang biasa kerana ayah kamu pun dah berada di alam barzah... sedangkan daku mengidamkan isteri yang cantik, kaya dan mulia.”

Si isteri tunduk dan sedih bila mendengar si suami berkata sedemikian. Dengan nada yang sangat sayu si isteri bertanya “ Wahai suami ku sayang apakah kau ingin meninggalkan isterimu ini kerana sekarang ini ia sudah menjadi huduh, miskin dan hina... adakah ingin mencari perempuan lain yang lebih cantik, kaya dan mulia?”

Si suami tersenyum seraya berkata “ Wahai isteri ku sayang, keutamaan daku menikahi mu bukan kerana kamu cantik atau kaya atau mulia... tetapi keutamaan daku mengahwini diri mu adalah kerana ketenguhan iman mu... dari dahulu sampai sekarang kamu menjaga ugama mu dengan istiqomah, taat pada perintah Allah dan rasullulah, taat pada daku sebagai sebagai suami mu... sedangkan tidak ada lagi perhiasan yang lebih baik di dunia ini selain wanita yang solehah. Daku selalu berdoa kepada Allah agar jodoh kita kekal sampai bila-bila.”

“ Tapi suamiku , isteri mu ini sekarang dah tua dan huduh, miskin dan hina... tetapi yang dikau idamkan ialah isteri yang cantik, kaya dan mulia” si isteri mencelah.

Si suami terus menyambung kata “ ... isteri ku, maksud daku kekal sampai bila-bila bukanlah di atas dunia ini sahaja tetapi sampai ke syurga... dan di syurga tidak ada lagi wanita tua melainkan ia muda, cantik ... dan tiada orang hina masuk syurga melainkan ia dimuliakan oleh Allah.”

Si isteri kembali terseyum tetapi dalam hatinya ia berdoa “ Ya Allah yang tuhan kau jadilah aku seorang wanita yang solehah... dan masukan aku dan suami ku dalam syurga jannah mu ya Allah... amin.”

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29