Keblinger

Keblinger

Kecil Atau Besar: Rasuah Tetap Maksiat

| 14 February 2011
Rasuah di mana-mana, taklah teruk sangat. Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni,” – Tan Sri Isa Samad, Pengerusi FELDA , ketika memberikan ucapan di forum masa depan kepimpinan Melayu di PWTC lewat petang semalam. Laporan penuh boleh baca di sini dan juga di sini.

Bagi Tan Sri Isa Samad rasuah bukan lah masalah besar di negara Malaysia kerana ia berlaku di mana-mana negara di dunia.

Ini lah pandangan mantan naib presiden UMNO yang pernah dikaitkan dengan politik wang pada satu ketika dahulu.

Mari kita semak balik apa yang tercatat dalam Al Quran pasal rasuah.

Firman Allah yang bermaksud :

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.(Al-Baqarah 2:188)

Firma Allah lagi yang bermaksud

Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”(Al-Maaidah 5:42)

Dan apa pula nabi Muhammad s.a.w. kata mengenai rasuah.

Hadis 1

Bersabda Rasullullah s.a.w

"Laknat Allah swt ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah"

-Hadis Riwayat Ibnu Majah.

Hadis 2

Bersabda Rasullullah s.a.w

"Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan dimasukkan ke dalam Neraka"

-Hadis Riwayat Ath-Thabrani.

Berdasarkan larangan- larangan Allah dalam al-Quran dan amaran Rasullulah s.a.w yang berkaitan rasuah maka tidak boleh sekali-kali kita pandang kecil dan remeh mengenai amalan rasuah .

Amalan boleh memecahkan keluarga, boleh meruntukan negara dan bermacam-macam lagi.

Apakah perlu Allah kenakan bala baru kita nak anggapkan rasuah ini masalah yang besar dan beri perhatian serious untuk mencegahnya?

Bagi saya kecil ke besar rasuah adalah maksiat . Ia adalah sel-sel barah yang boleh jahanamkan negara ini.

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29