Keblinger

Keblinger

Jangan Jadi Macam Orang Ini Bila Sambut Maulidurrasul

| 15 February 2011
Nama nya ialah Abdul Uzai bin Abdul Mutalib.

Beliau adalah bapa saudara nabi.

Nama glemor nya dahulu hingga sekarang ialah Abi Lahab .

Bila nabi di lahirkan beliau sangat gembira.

Hamba suruhan nya yang bernama Zubaidah telah dimerdekakan semata-mata kerana Zubaidah membawa khabar tentang kelahiran nabi.

Di samping itu beliau juga telah membuat kenduri dengan menyembelih 100 ekor unta untuk di jamu kepada penduduk Mekkah semata-mata untuk mewarwakan dan meraikan kelahiran nabi.

Tetapi bila nabi membawa seruan tauhid beliau orang yang pertama dan paling keras menentangnya.

Lalu beliau dilaknat Allah sebagaimana dalam termaktub dalam surah al masad.

Cerita di atas mudah dan ringkas tetapi penuh dengan pengajaran.

Hari ini kita meraikan Maulidurrasul tetapi kita jangan jadi seperti Abi Lahab.

Meraikan Maulidurrasul penuh dengan kebesaran dan kemuliaan tetapi pada masa yang sama kita menentang seruan Islam yang dibawanya.

Contohnya kita meraikan Maulidurasul tetapi kita mendiamkan diri bila orang mempelekeh Islam.

Kita meraikan Maulidurrasul tetapi kita menentang gerakan dakwah yang dibawa kumpulan lain semata fahaman politik yang berbeza.

Kita meraikan Maulidurrasul dengan berarak di sekeliling Taman dan kampong pada yang sama kita masih lagi mengamalkan amalan jahiliah seperti riba, judi dan sebagainya.

Muhasabahkan lah diri kita dan kembali lah kepada jalan yang lurus.

Jangan jadi penentang Islam dalam keadaan kita tak sedar.

Sambutlah Maulidurasul dengan penuh keinsafan.

Salam Maulidurrasul.

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29