Keblinger

Keblinger

Selamat Pengantin Baru Cik CT

| 09 February 2008
Malam tadi saya menghadiri dan menyaksikan majlis akad nikah anak sauadara saya iaitu Ct Masyitah dan pasangannya Mohamad Yusuff. Akad nikah telah dikendalikan oleh imam masjid merangkap jurunikah di kariah kampung kami Padang Bongor. Ini adalah majlis akad yang paling ringkas dan mudah yang pernah saya hadiri. Imam telah memudahkan proses ijab dan kabul . Pengantin lelaki dapat menyempurnakan ijab dan kabul tersebut dengan sekali lafaz sahaja.

Apa yang menarik perhatian saya ialah khutbah nikah yang disampaikan oleh imam bukan sahaja ringkas dan padat tetapi bertepatan dengan keadaan semasa. Wasiat yang di sampaikan bukan sahaja berguna pada kedua-dua mempelai ini tetapi bagi mereka yang menyaksikan majlis akad nikad tersebut.

Antara intipati yang sempat saya ingat ialah

1. Tanggong jawab bersuami dan beristeri
2. Jangan tinggal solat dan selalu bersolat berjemaah suami isteri.
3. Jika bergaduh segeralah berdamai
4. Suami harus bersabar melayang keranah isteri.
5. Isteri jangan mudah minta cerai dengan suami.
6. Suami mesti menjaga aurat isteri.
7. Suami tidak boleh mengunakan harta isteri tanpa kebenarannya.
8. Jika isteri nushuz suami boleh menahan nafkahnya tetapi bila isteri kembali taat suami hendak mengembali nafkah yang tertahan itu.

Majlis ini lebih merupakan majlis ilmu bagi saya. Di sini saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Ct Masyitah dan Mohamad Yusuff. Semuga kalian berdua bahagia di dunia dan di akhirat sebagaimana yang telah disaran oleh imam

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29