Keblinger

Keblinger

Suasana Bilik Gerakan PKR DUN Batu Caves

| 09 March 2008

Sebentar tadi singgah di Bilik Gerakan PKR DUN Batu Caves untuk menghantar borang 14 keputusan PRU 12 bagi DUN Batu Caves bagi saluran mengundi SK Sg Tua Bharu.
Di sana saya disambut oleh beberapa lelaki India yang begitu bersemangat berayakan kemenangan Sdr. Amir Shari. Meraka tanpa segan silu memeluk siapa sahaja yang ke bilik tersebut termasuk saya. Nampaknya suasana politik Malaysia sudah berubah. Pengundi2 keturunan India bersorak kegembiraan merayakan kemenangan calun keturunan Melayu yang menewaskan calun keturunan India. Setimen perkauman diketepikan sama sekali.
Semasa saya meninggalkan bilik gerakan tersebut saya lihat beberapa pengundi keturunan India yang tiba untuk mengucapkan taniah pada Sdr. Amir Shari YB Dun Batu Caves yang baru.

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29