Keblinger

Keblinger

Jumaat Yang Dirindui

| 27 March 2009
Saya masih ingat di akhir tahun lapan puluhan dan tahun sembilan puluh. Salah satu aktivi kebiasaan saya pada hari Jumaat ketika itu ialah mendengar kuliah tok guru di Kelab PAS di Kota Bharu. Samada bersendirian atau bersama keluarga. Kalau bersama keluarga kami biasa akan membawa satu tikar kecil yang akan kami bentangkan di kaki lima di sebuah hotel bertentangan dengan bangunan tempat tazkirah disampaikan. Dengan mengumpan kueh-muih atau jagong rebus kepada anak-anak saya yang masih kecil, kami sekeluarga akan berusaha mendengar kuliah tersebut sehingga habis. Saya kadang-kadang akan menyusur orang ramai yang berkumpul untuk ke kedai buku Jafaar Rawas yang terletak di bawah kelab PAS untuk membelek buku-buku sambil mendengar kuliah.

Ini semua menjadi kenangan kerana sekarang saya sekeluarga sudah berhijrah ke Selangor. Namun demikian saya masih lagi mendengar kuliah pagi Jumaat Tok guru melalui keset atau cd yang dibekalkan oleh ayahnda yang sekarang ahli tetap yang mendengar kuliah tersebut.

Hari ini saya telah mendapat satu alternative baru untuk mengamati tazkirah tok guru iaitu melalui Blog Tok Guru yang baru dilancar semalam . Saya akan link blog itu dengan blog saya. Semuga ia akan memberi manafaat kepada keluarga saya atau sesiapa sahaja yang melawat blog ini.

Jambatan KM19.1

| 16 March 2009


Jambatan ini adalah sebahagian dari infra struktur projek persimpangan km19.1 , Johor Bharu Expressway. Projek ini dijangka siap tidak lama lagi. Harga projek ini ialah lebih kurang RM 13juta .
 

Copyright © 2010 N29