Keblinger

Keblinger

Kakak ...Bertudung Itu Wajib.

| 27 January 2008
Saya teringat suatu masa dahulu. Fatihah sangat susah nak pakai tudung ketika di luar rumah. Kecuali ketika hendak ke sekolah kerana tudung adalah sebahagian dari pakaian uniform sekolah. Saya pula selalu bertegas padanya kadang-kadang memaksa dia memakai tudung walaupun pada masa itu Fatihah hanya berumur kurang 9 tahun.

Pada suatu hari Fatihah memprotes tindakan 'memaksa' saya dengan enggan memakai tudung semasa menghadiri kelas tuisyen. Sikapnya itu membuat saya terfikir. Apakah saya ini terlalu tegas ? Atau saya mengambil perdekatan yang salah. Isteri saya menegur tindakan saya. Katanya sepatutnya saya mendidik dengan memberitahu kenapa dia perlu memakai tudung bukan memaksa dan merintah dia pakai tudung. Betul juga teguran isteri saya.

Beberapa bulan yang lepas saya terdengar satu ceramah motivasi cara-cara mendidik anak-anak melalui radio IKIM. Salah satu petua yang diajukan dalam rancangan tersebut ialah jika kita mahu anak kita mebuat sesuatu kita hendaklah memberi notis awal-awal kepada anak kita kenapa dan bila dia perlu melakukan perkara tersebut. Contoh kita hendaklah memberitahu bahawa dia perlu solat lima waktu sehari apabila dia mencapai umur 10 tahun takala ia berumur 7 tahun lagi dengan cara berulang-ulang.

Dengan mengunakan kaedah yang saya sama saya selalu berkata kepada anak saya "Kakak, kalau kakak nak keluar dari rumah kakak kena pakai tudung. Jika kakak tidak pakai tudung setiap langkah kakak keluar dari rumah akan terbina sebuah rumah di neraka untuk abah masuki. Lagipun kakak dah nak masuk umur 10 tahun." Saya selalu mengulang kata-kata tersebut kepada Fatihah.

Alhamdulillah, syukur saya pada Allah,tindakan saya sudah mendapatkan hasilnya. Sejak beberapa minggu yang lepas saya lihat Fatihah selalu mengenakan tudungnya setiap kali dia keluar dari rumah. Sama ada dia keluar bermain, ke sekolah atau ke mana sahaja dia pasti mengenakan tudungnya. Saya berdoa kepada agar ini berkekalan sehingga ke akhir hayatnya. Amin.


*Fatihah telah menyambut hari lahir ke 10 pada 3 Zulkaeadah 1428 yang lepas.
Gambar Hiasan : Kanak-kanak Islam Perancis yang memprotes tindakan kerajaannya mengharam pemakain tudung di sekolah.

Hebatnya Seorang Ibu

| 21 January 2008
“Masa saya bawa balik pendapatan pertama, ibu saya beritahu RM750 kita guna untuk adik dan RM750 lagi kena bagi pada 15 keluarga jiran yang susah, orang tua dan lain-lain. Setengah pendapatan itu diambil ibu saya untuk beri orang yang kurang kemampuan." cerita Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary selepas menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1429H di Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10hb Januari lalu.

Saya tabik kepada Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat, ibu kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary kerana berjaya mendidik dan memupuk sifat pemurah dalam diri anaknya. Saya rasa kita jarang berjumpa ibu sehebat ini.

My Mother ( Lagu Nasyid )

| 20 January 2008
Lagu nasyid ini selalu saya dengar melalui saluran Radio IKIM. Fatihah dan Maryam sangat menyukai nasyid ini. Lirik nasyid adalah mudah tetapi memberi kesan yang tidak digambarkan di sini. Ia membuat saya teringat akan pengorbanan dan kesabaran bonda saya mendidik dan mengasuh saya di masa saya masih kecil .

Klik video lagu nasyid my mother untuk dihayati.



Selain dari lagu nasyid My mother di bawah ini di senarai lagu-lagu nasyid yang mempunyai tema yang sama

1. My Mum Is Amazing oleh Naadira Ali
2. Ummi oleh Haddad Alwi & Sulis

Jangan Tidur Pagi (Petua Panjang Umur)

| 18 January 2008
Hari ini isteri saya bercerita kapada saya tentang seorang makcik tua yang dia temui semasa beriadah di padang berdekat dengan rumah kami.

Kata isteri saya makcik ini berumur 78 tahun. Orangnya bertubuh kecil, masih kuat berjalan tanpa memerlukan bantuan tidak seperti orang lain yang sebaya dengannya. Makcik ini selalu dilihat oleh isteri saya berjalan pagi (morning walk) berberapa pusingan mengeliling padang. Satu pusingan saya jangka lebih kurang 600 meter.

Hari ini isteri saya menyapa makcik ini. Sambil berkenalan isteri saya bertanya apakah petua yang diamalkan yang menyebabkan dia hidup sihat dalam seusia ini. Katanya tiada petua yang istimewa yang diamalkannya kecuali dia tidak pernah tidur selepas bersolat subuh sehinggalah masuk waktu zohor. Maha suci Allah dengan aturan amalan yang begitu mudah seorang makcik dapat hidup dengan sihat di akhir-akhir usianya.

Mendengar cerita isteri saya,saya teringat pesan arwah nenek saya yang selalu melarang saya tidur di waktu pagi kerana katanya tiada rezeki bagi orang yang tidur pagi dan mudah kena penyakit.

Anak Tupai ( Dikir Barat )

| 17 January 2008
Lagu Anak Tupai adalah lagu dikir barat kegemaran keluarga kami terutama Maryam dan Nurin Natasya. Siapa Nurin Natasya @ Tasya. ? Tasya adalah cucu saudara saya yang dijaga oleh keluarga kami takala ibunya pergi kerja. Buat masa ini umur Tasya nak masuk 3 tahun.

Klip video Lagu Dikir Anak Tupai


Politik Dan Penghidupan

| 14 January 2008
Bila sahaja disebut politik apa yang terlitas di kepala kita ialah pilihanraya, parti-parti politik, pembakang dan kerajaan.

Tetapi bagi saya politik ditakrifkan sebagai membuat pilihan terbaik daripada yang baik-baik dan yang tidak baik . Tidak boleh tidak kita mesti memilih kerana ia adalah fitrah.

Sebagai contoh jika kita tersedar di waktu subuh, kita pada masa itu ada dua pilihan. Samada kita bangun bersuci dan menunaikan solat subuh atau tarik selimut dan terus sambung tidur. Pilihan yang terbaik adalah bersuci dan menunaikan solat dan pilihan ini di namakan politik.

Buku, Beg dan Batu

| 11 January 2008
Hari ini Cikgu bagi buku SPBT pada Maryam . Takala loceng dibunyikan sebagai isyarat waktu sekolah sudah habis, Maryam telah mengangkat beg yang telah di isi buku. "Alamak ! Beratnya,"kata Maryam, "macamana nak bawa nih?"
Nak tak nak Maryam terpaksalah mengheret begnya dari aras tiga di mana kelas Satu Jujur ditempatkan sehingga ke aras tanah. Nasib baiklah beg ada roda.
"Adu we letihnya" keloh Maryam lagi. Lalu diambil bekas air bekalan. "Air dah habis. " Maryam kecewa. Dengan perlahan-lahan dia menuruni tangga ke 'bus stop' tempat Umi nya biasa menunggu.
"Alah mana Umi nih belum sampai lagi." Maryam memasamkan mukanya.
"Maryam di sana kereta Umi awak" tiba-tiba seorang rakan sekelas bersuara. Tanpa berlengah Maryam terus menapak ke kereta. Ucap terima kasih pun tidak pada kawanya itu.
Sebaik sahaja masuk kereta Maryam menangis, "Kalau macam ni beratnya buku macam mana Yam nak ke sekolah, berat macam batu."

SPBT - Skim Pinjaman Buku Tek

Zaman Kanak-kanak

|

Selamat Kembali ke Sekolah

| 03 January 2008
Hari ini, anak-anak kesayangan saya akan mula bersekolah . Maryam yang bongsu akan memulakan alam persekolahan di tahun satu di SKSU. Kakaknya Fatihah akan meneruskan pengajiannya di tahun empat sekolah yang sama. Manakala abangnya Abdullah akan ke SMKSU untuk persekolahan di tingkatan dua.

Selamat kembali ke sekolah anak-anak ku dan belajarlah bersunggoh-sunggoh semuga kalian menjadi orang yang berjaya.

Hari ini dan Semalam

| 01 January 2008
Kita dikatakan untung bila hari ini lebih baik dari semalam.

Kita dikatakan rugi bila semalam lebih baik dari hari ini.

Kita dikata malang bila hari ini sama dengan semalam.
 

Copyright © 2010 N29