Keblinger

Keblinger

Aurat Wanita Dan Lelaki Dayus

| 31 May 2009




























Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak iaitu wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan kain tudung mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka."

Maksud ayat itu sangat jelas, tetapi ramai antara kita seolah-olah tidak memahami ayat di atas. Mereka tidak mahu mematuhi arahan menutup aurat itu sepenuhnya seperti yang disarankan dalam maksud ayat di atas.


Mereka enggan memakai tudung kepala, atau hanya menutup kepala dengan kelubung kecil, menampakkan bahagian depan dan ekor rambut. Adakalanya, walaupun mereka berjaya menutup kepala dan rambut, namun masih mendedahkan tengkuk, leher serta sebahagian dada atau memperlihatkan bentuk dada dalam baju yang ketat.

Mereka menutup kepala dan rambut sepenuhnya sampai ke dada tetapi masih memperlihatkan bentuk anggota badan dalam pakaian yang ketat sendat atau mendedahkan bahagian anggota lain seperti memakai seluar jeans yang sendak atau menampakan betis apabila memakai sarung sempit yang berbelah di bawah.

Mendedahkan aurat adalah ciri amalan tabarruj dan amalan kaum zaman jahiliah. Mereka yang mengamalkannya adalah mereka yang mempersendakan hukum yang telah tentukan oleh Allah.

Mereka tidak terbabit dengan tabarruj ialah wanita yang tidak keluar rumah, tidak bercampur-gaul dengan lelaki bukan muhrim dan apabila keluar, tetap memakai pakaian menutup aurat sepenuhnya dan wajah mereka tanpa bersolek.


Wahai para-para suami dan bapa ( termasuk diri saya) bertegaslah dengan isteri-isteri, anak-anak dan saudara-saudara perempuan kita mengenai aurat. Ingatlah perintah Allah dalam maksud ayat di bawah

Firman Allah bermaksud:

"Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Surah al-Ahzab, ayat 59)


Mereka yang gagal bertegas terhadap isteri, anak-anak dan saudara perempuan mereka dalam hal aurat adalah lelaki yang dayus. Orang dayus tidak tidak masuk syurga.

Dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

3 jenis manusia yg Allah haramkan mereka masuk ke jannah yakni peminum khamr, penderhaka kepada ibubapa dan pendayus yang membenarkan ahli keluarganya melakukan maksiat.

(Hadith riwayat Imam Ahmad)

Semuga kita tidak dikatogerikan dalam golangan orang yang dayus.

Nota kaki:

Lelaki yang dayus - Mengikut tafsiran fuqaha, lelaki yang membenarkan perempuan dibawah tanggungjawab atau jagaannya melakukan maksiat/bergaul bebas, atau memperlihatkan kecantikan mereka kepada lelaki bukan muhram sehingga menggoda hawa nafsu mereka adalah lelaki yang dayus.

Pendayus akan mendapat balasan di akhirat yakni tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari qiyamat, dan dosanya setaraf org yg menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Maklumat lanjut sila klik di sini
 

Copyright © 2010 N29