Keblinger

Keblinger

Harapan PRU 12 - PAS Menang Di Kelantan

| 06 March 2008
Saya berharap dan berdoa agar PAS dapat mengekalkan kemenangan di Kelantan. Walaupun saya dengar ada pengundi hantu secara beramai-ramai akan ke Kelantan dan Terengganu untuk memenangi BN.

Malam tadi sepupu kepada isteri saya telah menalipon isteri saya dan mengadu bahawa namanya dalam daftar pengundi telah dipindahkan ke Perak tanpa pengetahuannya menyebabkan dia tak jadi balik ke Kelantan untuk mengundi. Yang peliknya dia tidak pernah tinggal bermautatin di mana-mana daerah di Perak. Selepas berlajar dia terus menetap di Kelang, Selangor.

Adakah ini tektik BN memindah pengundi tegar PAS tanpa kerelaan untuk mencapai kemenangan? Setahu saya pengundi tidak dapat mendaftar atau pindah lokoliti tempat mengundi tanpa mykad. Adakah mungkin ada dalang dalam SPR yang membuat kerja kotor ini?


Walau apa pun kemenangan adalah hak mutlak Allah. Saya yakin Allah menolong orang-orang yang berjuang untuk agama Nya. Lagi pun Allah akan memakbul doa-doa orang-orang yang teraniaya.


* Sepupu isteri saya talifon lagi mengatakan dia akan ke Perak untuk undi calun PAS di sana.

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29