Keblinger

Keblinger

PACA Tidak Kenal Calun

| 08 March 2008
Hari ini saya mengambil tugas sebagai PACA dalam proses pilihahraya umun ke 12. Saya mewakili calurn PKR Sdr. Azmin Ali bagi Parlimen Gombak dan Sdr. Amirrudin Shari bagi Dun Batu Caves.

Sdr Azmin Ali memang saya kenal tokoh aktivis politik parti PKR. Tetapi tidak dengan Sdr. Amiruddin Shari. Ini kerana sepanjang 13 hari kempen PRU 12 saya sedang bertugas di Selatan Tanah Air.

Pagi tadi lebih jam 10.00 seorang anak muda, dalam jangkaan umur 27 hingga 28 tahun datang ke pusat mengundi di mana saya ditempatkan. Pada sangkaan saya dia adalah salah orang petugas parti seperti saya tetapi jangkaan saya meleset. Beliau adalah calun PKR Dun Batu Caves ia itu sdr Amirrudin Shari.

Saya begitu kagum melihat melihat anak muda ini begitu berani memasuki bidang politik dalam usia begitu muda.


*PACA - Polling Agent Counting Agent

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29