Keblinger

Keblinger

Gendang Perang

| 08 March 2008

Anak-anak Kelantan di perantauan agak cemas dengan dengan berita bahawa BN akan menawan negeri Pantai Timur itu dalam PRU 12 yang akan diadakan pada esok hari. Dengar khabar BN Kelantan akan membawa balik 20 ribu ( ada kata 80 ribu) orang pengundinya dalam kempennya kali ini.


Reaksi daripada itu mereka beramai-ramai balik ke Kelantan samada dengan kenderaan sendiri atau kenderaan awam. Memandangkan tiket-tiket bas ke pantai telah habis dibeli oleh BN, maka pihak PAS telah menyewa bas-bas sekolah dan pesiaran untuk mengangkut anak-anak Kelantan balik mengundi.


Pada jam 10.00 malam sebentar tadi, semasa saya ke Greenwood, Gombak untuk menghantar anak saudara saya menaiki bas untuk pulang mengundi di Ciku7, Gua Musang saya dapat melihat sekurang 10 bas yang telah disewa untuk diisi dengan penumpang untuk diangkut ke Kelantan. Ini tidak termasuk dari tempat lain seperti Shah Alam dan Bangi.


Adakah mereka balik untuk menyertai kempen BN atau PAS? Tapi dari apa yang saya dengar mereka ini nok kelik pakoh bule buke nyo dacin. Tak kira samada mereka balik dengan kereta sendiri atau bas yang disewa oleh PAS atau BN.


"Ya Allah minta-mintalah mereka mengundi bule"




0 comments:

 

Copyright © 2010 N29