Keblinger

Keblinger

Bas Express "Ulat" Ganti Bas Express Konsortium

| 17 May 2008

Hari ini KPLP telah mengantung selama sebulan perkhidmatan bas express milik Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (KBES) kerana terbabit dalam banyak nahas jalan raya. Saya adalah salah seorang penumpang tetap bas syarikat ini. Saya sering mengunakan perkhidmatan bas ini untuk berulang alik dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur.

Minggu ini disebakan oleh penguatkuasan KPLP terhadap syarikat bas ini saya tepaksa mencari bas lain untuk pulang ke Kuala Lumpur. Malang sekali kebanyakan tiket bas telah habis kerana ramai telah mengambil kesempatan untuk pulang atau bercuti kerana hari Isnin ini adalah hari cuti umun.

Pada yang sama terdapat pihak ketiga yang dipanggil “ulat” telah mengambil kesempatan memonopolikan baki tiket bas yang masih belum ditempah. Mereka telah menjual tiket bas ini dengan harga lebih 2 kali dari harga biasa.  Harga Johor Bharu –Kuala Lumpur biasanya adalah RM24.00 telah naik kepada RM55.00. Orang yang terdesak mungkin terpaksa membelinya kalau tidak terkandas.

Saya sebenarnya kesal kerana pihak penguatkuasa tidak memantau kegiatan “ulat” ini. Sekadar memasang signage “ Jangan Beli Tiket Dengan Ulat” tidak mendatangkan apa-apa kesan apabila orang ramai terdesak. 

Minggu ini mungkin saya terpaksa batal niat untuk balik ke Kuala Lumpur.

*Gambar Hiasan :   Ini "Ulat" Puduraya bukan "Ulat' Larkin

1 comments:

{ ujangslumber } at: December 1, 2008 at 10:46 AM said...

Salam En Sayedli. Saya Muhammad Fakhrullah daripada U.Malaya KL. Saya ada terbaca di blog en berkenaan 'Bas ekspress Ulat'. Saya sedang menjalankan kajian berkenaan "persepsi penumpang terhadap perkhimatan bas ulat. sekiranya en Sayedli tidak keberatan, saya ingin menjemput En Sayedli menjadi responden kepada kajian saya ini. Sekiranya En Sayedli berminat, besar harapan saya agar en sayedli dapat maklumkan kepada saya seberapa segera agar saya dapat meng-emailkan borang soal selidik kepada en sayedli.Ini email saya : ujangtgi@perdana.um.edu.my. Trima kasih diatas perhatian en terhadap maklumbalas ini.

 

Copyright © 2010 N29