Keblinger

Keblinger

Kakak ...Bertudung Itu Wajib.

| 27 January 2008
Saya teringat suatu masa dahulu. Fatihah sangat susah nak pakai tudung ketika di luar rumah. Kecuali ketika hendak ke sekolah kerana tudung adalah sebahagian dari pakaian uniform sekolah. Saya pula selalu bertegas padanya kadang-kadang memaksa dia memakai tudung walaupun pada masa itu Fatihah hanya berumur kurang 9 tahun.

Pada suatu hari Fatihah memprotes tindakan 'memaksa' saya dengan enggan memakai tudung semasa menghadiri kelas tuisyen. Sikapnya itu membuat saya terfikir. Apakah saya ini terlalu tegas ? Atau saya mengambil perdekatan yang salah. Isteri saya menegur tindakan saya. Katanya sepatutnya saya mendidik dengan memberitahu kenapa dia perlu memakai tudung bukan memaksa dan merintah dia pakai tudung. Betul juga teguran isteri saya.

Beberapa bulan yang lepas saya terdengar satu ceramah motivasi cara-cara mendidik anak-anak melalui radio IKIM. Salah satu petua yang diajukan dalam rancangan tersebut ialah jika kita mahu anak kita mebuat sesuatu kita hendaklah memberi notis awal-awal kepada anak kita kenapa dan bila dia perlu melakukan perkara tersebut. Contoh kita hendaklah memberitahu bahawa dia perlu solat lima waktu sehari apabila dia mencapai umur 10 tahun takala ia berumur 7 tahun lagi dengan cara berulang-ulang.

Dengan mengunakan kaedah yang saya sama saya selalu berkata kepada anak saya "Kakak, kalau kakak nak keluar dari rumah kakak kena pakai tudung. Jika kakak tidak pakai tudung setiap langkah kakak keluar dari rumah akan terbina sebuah rumah di neraka untuk abah masuki. Lagipun kakak dah nak masuk umur 10 tahun." Saya selalu mengulang kata-kata tersebut kepada Fatihah.

Alhamdulillah, syukur saya pada Allah,tindakan saya sudah mendapatkan hasilnya. Sejak beberapa minggu yang lepas saya lihat Fatihah selalu mengenakan tudungnya setiap kali dia keluar dari rumah. Sama ada dia keluar bermain, ke sekolah atau ke mana sahaja dia pasti mengenakan tudungnya. Saya berdoa kepada agar ini berkekalan sehingga ke akhir hayatnya. Amin.


*Fatihah telah menyambut hari lahir ke 10 pada 3 Zulkaeadah 1428 yang lepas.
Gambar Hiasan : Kanak-kanak Islam Perancis yang memprotes tindakan kerajaannya mengharam pemakain tudung di sekolah.

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29