Keblinger

Keblinger

Jangan Tidur Pagi (Petua Panjang Umur)

| 18 January 2008
Hari ini isteri saya bercerita kapada saya tentang seorang makcik tua yang dia temui semasa beriadah di padang berdekat dengan rumah kami.

Kata isteri saya makcik ini berumur 78 tahun. Orangnya bertubuh kecil, masih kuat berjalan tanpa memerlukan bantuan tidak seperti orang lain yang sebaya dengannya. Makcik ini selalu dilihat oleh isteri saya berjalan pagi (morning walk) berberapa pusingan mengeliling padang. Satu pusingan saya jangka lebih kurang 600 meter.

Hari ini isteri saya menyapa makcik ini. Sambil berkenalan isteri saya bertanya apakah petua yang diamalkan yang menyebabkan dia hidup sihat dalam seusia ini. Katanya tiada petua yang istimewa yang diamalkannya kecuali dia tidak pernah tidur selepas bersolat subuh sehinggalah masuk waktu zohor. Maha suci Allah dengan aturan amalan yang begitu mudah seorang makcik dapat hidup dengan sihat di akhir-akhir usianya.

Mendengar cerita isteri saya,saya teringat pesan arwah nenek saya yang selalu melarang saya tidur di waktu pagi kerana katanya tiada rezeki bagi orang yang tidur pagi dan mudah kena penyakit.

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29