Keblinger

Keblinger

Cerita Video – Berkata Benar Walaupun Pahit

| 15 May 2011
Di bawah ini saya kumpulkan terjemahan ayat-ayat al quran yang saya rasa relevan dengan isu cerita video yang tengah panas sekarang.

Orang Membawa Berita.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 49:6)


Mereka Bersumpah.
Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu reda akan mereka; oleh itu jika kamu reda akan mereka, maka sesungguhnya Allah tidak reda akan kaum yang fasik. (At-Taubah 9:96)

(Hukum-hukum dan peraturan menjadi saksi) yang tersebut itu adalah jalan yang lebih dekat untuk mereka memberi keterangan persaksian menurut cara yang sebenarnya, atau untuk mereka merasa takut akan ditolak sumpah mereka (kepada waris-waris si mati) sesudah mereka bersumpah (yang akan mendedahkan kecurangan mereka). Oleh itu bertaqwalah kepada Allah, dan dengarlah dengan patuh (segala perintahNya), dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik. (Al-Maaidah 5:108)

Mereka Kena Bawa 4 Saksi
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu). (An-Nisaa' 4:15)

Tetapi Mereka Tidak Bawa 4 Saksi
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; - (An-Nuur 24:4)

Atau Mereka Bawa 4 Orang Saksi
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An-Nuur 24:2)

Apa Yang Sebut Dalam Al-Quran Jelas
Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik. (Al-Baqarah 2:99)

Bertaubatlah Cepat –Cepat Dan Kita Jangan Jadi Orang Fasik
Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. (An-Nisaa' 4:27)

Ingatlah Buah Yang Pahit Jika kita Gagal Bertaubat.
(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, - (Ad-Dukhaan 44:43)

Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat). (As-Saaffaat 37:63)

Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya. (As-Saaffaat 37:66)

Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, (Al-Waaqi'ah 56:52)

"Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, (Al-Waaqi'ah 56:53)


Berkata benar walaupun pahit – TPM

KUANTAN 14 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta berkata benar dalam isu rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun ia pahit untuk diterima.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu tersebut, malah siasatan dijalankan untuk mengetahui fakta sebenar berhubung rakaman itu.
“Bila keluar video tersebut dan dikaitkan dengan orang ternama iaitu ketua pembangkang, sudah tentu ramai ingin tahu tentang perkara itu. Jadi, disebabkan ia menjadi perhatian awam, maka perlu dilakukan siasatan dan tetapkan fakta yang sebenar,” katanya di sini hari ini.             .... Utusan Malaysia 15/05/2011 

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29