Keblinger

Keblinger

Lama Tak Berlabuh Di sini

| 13 March 2015

Lama sunggoh tak berlabuh di sini. Asik di berlabuh di tempat lain.

Gu.... Demo Nok Pilih Ok Mano?

| 02 July 2011
Pilihan 1
Hari ini PM Dato’ Seri Najib Razak telah buat janji kepada rakyat Kelantan nak bagi sebuah Stadium Bolasepak jika BN dimenangkan di Kelantan. Maknanya rakyat Kelantan hanya dapat Stadium baru jika dan hanya jika BN menang dan jika BN kalah rakyat Kelantan tidak dapat apa-apa. Klik sini


Pilihan 2
Pada bulan Mei yang lalu kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan TG Nik Aziz Nik Mat telah pun bersetuju untuk membina membina sebuah Kompleks sukan bersekali dengan Bandar Baru di Bukit Merbau, Pasir Puteh. Antara yang terdapat dalam dalam komplek tersebut ialah sebuah stadium utama yang boleh menempatkan 40,000.00 penonton. Maknanya perancangan telah dibuat dan rakyat Kelantan akan dapat sebuah kompleks sukan termasuk sebuah stadium tidak lama lagi. Klik sini

Pilihan 1 baru peringkat janji belum rancang lagi sedangankan Pilihan 2 sudah dirancang , sudah ada sumber dan tempat,  hanya tunggu masa sahaja untuk bina.

Cerita Video – Berkata Benar Walaupun Pahit

| 15 May 2011
Di bawah ini saya kumpulkan terjemahan ayat-ayat al quran yang saya rasa relevan dengan isu cerita video yang tengah panas sekarang.

Orang Membawa Berita.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 49:6)

Seyuman Kak Limah Tidak Manis Lagi Sebab Harga Gula Naik Lagi.

| 14 May 2011
Mana boleh nak Kak Limah nak senyum kalau harga gula naik lagi. Tahun lepas harga gula dah naik 3 kali tetapi Kak Limah tidak naikan harga kueh mueh yang dibekal kepada tadika berdekat. Pada awal tahun ini dia cuba naikan harga kueh tetapi tuan punya tadika merayu-rayu supaya dia tidak berbuat demikan. Alasannya murid tahun ini tak ramai. Rasa kasihan tiba-tiba hadir di hatinya. Maka tak jadilah dia nak naikan harga kueh.
 

Copyright © 2010 N29