
Hari ini saya difahamkan bahawa Utusan Malaysia melaporkan bahawa terdapat 500,000 pengendali laman blog yang aktif di Malaysia dan yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia. Salah satu dari 500,000 itu adalah blog ini. Dengan ini saya rasa kehadiran blog ini tidak disedari oleh pelayar-pelayar internet kecuali yang tersesat sekali sekala. Tetapi saya tak kisah kerana blog ini adalah satu medan saya berinteraksi dengan anak-anak saya disamping saya meluahkan apa sahaja yang terbuku dihati saya.
1 comments:
Salam saudara,
Walaupun sekerdil mana blog kita (buat masa ini) sekurang-kurangnya apabila ada yang tersesat- dapat juga dikutip sebarang dua ilmu di blog anda.
Ha..itu yang lebih penting.
Saya sendiri-rasa malu kalau ada yang menziarahi blog saya yang saya anggap sebagai entah apa-apa ..
Teruskan menulis
Post a Comment