Keblinger

Keblinger

Seyuman Kak Limah Tidak Manis Lagi Sebab Harga Gula Naik Lagi.

| 14 May 2011
Mana boleh nak Kak Limah nak senyum kalau harga gula naik lagi. Tahun lepas harga gula dah naik 3 kali tetapi Kak Limah tidak naikan harga kueh mueh yang dibekal kepada tadika berdekat. Pada awal tahun ini dia cuba naikan harga kueh tetapi tuan punya tadika merayu-rayu supaya dia tidak berbuat demikan. Alasannya murid tahun ini tak ramai. Rasa kasihan tiba-tiba hadir di hatinya. Maka tak jadilah dia nak naikan harga kueh.


Dua tiga hari lepas harga gula naik lagi. Kak Limah mula mencogak. Dia mula rasa tak puas hati. Mana tidaknya harga kueh yang dibekalkan kepada tadika sudah tidak relevan lagi. Hanya sekadar balik modal.

Nak naik harga kueh dah tak boleh kerana Kak Limah sudah sain kontrak dengan tadika untuk setahun. Nak kurangkan pun gula dah tak boleh kerana Kak Limah dah 3 kali mengubahsuai resepi kueh nya. Dari 2 cawan gula telah diubah jadi satu setengah cawan dan kemudian diubah pula jadi satu cawan. Tak kan nak dikurang jadi satu sudu pulak. Itu pun budak tadika komplen kueh dah tak sedap.

Kak Limah rasa serba salah. Kalau berhenti dia dan anak-anak nak makan apa.Cuma buat masa ni Kak Limah hanya mampu berdoa. Harap-harap tiada lagi kenaikan harga bahan lain.

Tetapi buat masa depan, dalam PRU 13, Kak Limah bertekad nak masuk bertanding dalam pilihanraya. Kalau Kak Limah menang Kak Limah kata dia akan bawa usul ke parlimen untuk potong gaji PM dan semua menteri setiap kali harga bahan-bahan keperluan naik. Potongan yang akan diusulkan sama banyak jumlah kenaikan harga tersebut. Kalau harga gula naik 20sen setiap kilogram maka gaji PM dan semua menteri jugakan dipotong 20sen setiap bulan. Begitu juga kalau harga minyak naik. Potongan-potongan akan diteruskan sehingga harga bahan berkenaan turun.

Dengan potongan-potongan tersebut Kak Limah berharap PM dan menteri –menteri yang lain akan rasa apa yang rakyat rasa iaitu rasa sakit hati kerana kerajaan gagal membendung kenaikan barang-barang keperluan.

0 comments:

 

Copyright © 2010 N29