Keblinger

Keblinger

Jumaat Yang Dirindui

| 27 March 2009
Saya masih ingat di akhir tahun lapan puluhan dan tahun sembilan puluh. Salah satu aktivi kebiasaan saya pada hari Jumaat ketika itu ialah mendengar kuliah tok guru di Kelab PAS di Kota Bharu. Samada bersendirian atau bersama keluarga. Kalau bersama keluarga kami biasa akan membawa satu tikar kecil yang akan kami bentangkan di kaki lima di sebuah hotel bertentangan dengan bangunan tempat tazkirah disampaikan. Dengan mengumpan kueh-muih atau jagong rebus kepada anak-anak saya yang masih kecil, kami sekeluarga akan berusaha mendengar kuliah tersebut sehingga habis. Saya kadang-kadang akan menyusur orang ramai yang berkumpul untuk ke kedai buku Jafaar Rawas yang terletak di bawah kelab PAS untuk membelek buku-buku sambil mendengar kuliah.

Ini semua menjadi kenangan kerana sekarang saya sekeluarga sudah berhijrah ke Selangor. Namun demikian saya masih lagi mendengar kuliah pagi Jumaat Tok guru melalui keset atau cd yang dibekalkan oleh ayahnda yang sekarang ahli tetap yang mendengar kuliah tersebut.

Hari ini saya telah mendapat satu alternative baru untuk mengamati tazkirah tok guru iaitu melalui Blog Tok Guru yang baru dilancar semalam . Saya akan link blog itu dengan blog saya. Semuga ia akan memberi manafaat kepada keluarga saya atau sesiapa sahaja yang melawat blog ini.

Jambatan KM19.1

| 16 March 2009


Jambatan ini adalah sebahagian dari infra struktur projek persimpangan km19.1 , Johor Bharu Expressway. Projek ini dijangka siap tidak lama lagi. Harga projek ini ialah lebih kurang RM 13juta .

Ubat Dari Sumber Babi

| 25 February 2009
Hari seorang rakan telah memberi satu e-mail yang telah dicetak sebagaimana berikut..

UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA

Assalamualaikum,

Senarai ubat yang di pasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

No. Nama ubat/Kegunaan/ Vendor diMalaysia

1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste

2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma

3. Clexane (injection) Mecairkan darah Diethelm

4. Fraxiparine (injection) Mecairkan darah Zuellig Pharma

Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doctor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut.. Kalau ada senarai lain akan diberitahu secepat mungkin.

Wallahu’alam

P/S: tolong edarkan maklumat ini ini kpd rakan dan umat islam sekalian..

Masfiza bt. Abdul Hamid

Penolong Pengarah

Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi

Maklumat(POTM)

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia

03-79573611 samb. 223


When You Pray ~ No Beat Necessary

| 15 February 2009


Khas untuk anakku Abdullah

Tiga Golongan Yang Tidak Masuk Syurga

| 09 January 2009
Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. telah meriwayat sebuah hadis Rasullulah S.A.W. yang bermaksud;

“Tiga golongan tidak masuk syurga, iaitu yang pertama golongan penipu, kedua golongan bakhil dan ketiganya ialah golongan yang suka mengungkit-ngungkit (pemberiannya.) " 

Menipu adalah satu perbuatan yang keji yang sangat dibenci oleh manusia dan Islam. Kita jangan sekali-kali menipu kerana menjadi penipu membolehkan seseorang itu tidak dapat memasuki syurga, maka bererti ia akan menjadi ahli neraka, wa-iya-zubillah.

Sekarang ramai orang suka menipu termasuklah dalam mencari rezeki, atau dalam jual beli, atau dalam kempen pilihanraya dan sebagainya. Janganlah kita masuk dalam golongan ini. Jadilah golangan orang yang jujur.

Jangan jadi orang bakhil kerana harta yang pada kita adalah amanah Allah S.W.T. Keluarlah zakat dan selalulah bersedekah kepada golangan yang berhak menerimanya. Lawan bagi orang bakhil adalah orang yang pemurah.

Namun jika kita bersedekah dan memberi sesuatu kepada seseorang kita jangan sekali-kali mengungkit akan pemberian kita. Perbuatan ini akan membuat penerima sedekah atau pemberian kita merasa tersingggung. Ia juga menunjukan kita tidak ikhlas dengan pemberian kita. Jagalah perasaan dan maruah saudara kita.

 

Copyright © 2010 N29