
"
Jangan serahkan Kelantan pada BN " pesan seorang pengundi dari
Gelang Patah, Johor, apabila mengetahui saya adalah orang
Kelantan. Saya bertanya balik, " Kenapa?", kerana saya hairan kerana kebanyakan orang
Johor adalah pengundi setia
BN-Umno.
" Kalau orang
Kelantan menyerahkan
Kelantan pada
BN-Umno , negeri
Kelantan akan jadi macam negeri
Johor. Nampak sahaja negeri
Johor membangun tetapi kemajuan adalah milik orang lain. Nampak sahaja rumah dan bangunan besar dan mewah tetapi milik orang asing iaitu orang
Singapura. Nampak sahaja orang
Johor kaya tetapi segelitir sahaja adalah orang milik orang kita, Melayu. Orang kita hanya dapat duduk atas tol tetapi orang asing dapat duduk atas tanah lot. Rumah semakin hari semakin hari mahal. Rumah dibina dijual kepada untuk orang asing dengan harga mahal untuk keuntungan. Orang Melayu miskin tak mampu beli. Ekonomi di dikawal oleh bangsa asing . Kos sara hidup pun tinggi di sini. Saya suka lihat negeri
Kelantan. Ekonomi dikuasai sendiri oleh orang
Melayu Kelantan. Masuk pasar saya lihat ramai orang
Melayu berniaga. Kos sara hidup di sana pun murah. Pandai sunggoh
Tok Guru memerintah. Rumah besar-besar adalah milik orang Melayu. Hari Jumaat saya tengok ramai orang berpusu-pusu ke Masjid untuk mendengar kuliah ugama. Saya lihat ramai orang duduk atas jalan semata hendak mendengar
Tok Guru berkuliah. Tidak macam
Johor. Elok-elok cuti hari Jumaat ditukar kepada hari Ahad. Saya tidak lagi dapat membawa anak saya ke masjid pada hari Jumaat kerana hari kerja. Masjid walaupun besar tetapi kosong kerana tiada kuliah ugama. Kuliah ugama tidak dapat adakan kerana takut ustaz kempen masuk
pas." syarah pengundi tersebut.
"Tetapi saya mengundi di
Selangor iaitu di kawasan parlimen
Gombak " terang saya.
" Walaupun kamu tidak mengundi di
Kelantan tetapi tolong sampaikan pesan ini kepada saudara mara kamu di
Kelantan kalau tidak kamu akan menyesal." balas pengundi tadi. Perbualan kami terhenti bila handfonnya berbunyi.