Keblinger

Keblinger

Gempa Bumi & Tsunami Di Jepun

| 12 March 2011
Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
 (Al-'Ankabuut 29:40)





Jangan Undi Mereka

| 11 March 2011
Ahli politik profesional sama juga macam pemain bolak sepak profesional. Mereka ada kemahiran sebagai ahli politik seperti berdebat, berpidato dan mereka juga ada peminat tertentu yang mengikuti mereka. Mereka nampaknya seperti berkhidmat untuk rakyat, perihantin dengan nasib rakyat tetapi mereka sebenar mengunakan kemahiran berpolitik mereka untuk mengumpul kekayaan semata-mata. Mereka akan berhijrah kemana sahaja kelab-kelab politik yang sangup bayar mahal kepada mereka. Mereka sebenarnya bukan pembela rakyat tetapi sebenar PENGKHIANAT. Kalau mereka betul ikhlas mereka sepatutnya letak jawatan sebagai wakil rakyat bagi  mendapat mandat baru dari rakyat samada rakyat bersejutu atau tidak dengan mereka. Kalau boleh kita kena berhati-hati dengan wakil rakyat macam ini di masa depan . Jangan undi mereka.

Secangkir Kopi Pahit di Waktu Pagi

| 10 March 2011


Saya suka menghirup kopi panas terutama di sebelah pagi. Selain menikmati rasanya yang sedap kopi juga telah meningkat metabolisma saya perlukan.

Mengikut artikel yang saya baca hari ini kopi juga boleh mengurangkan risiko serangan jantung atau stroke. Mengikut kajian orang yang minum kopi 1 hingga 3 cawan sehari akan mempunyai kadar serangan stroke yang lebih rendah berbanding dengan orang langsung tidak meminum kopi. Ini adalah kesan dari antioksidan yang tinggi yang ada dalam kopi . Antioksidan ini dapat mencegah keradangan pada arteri dan menurun tekan darah. Kopi juga mengaktifkan oksida nitrik yang bertindak untuk pelebaran saluran darah.

Terminal Tasek Selatan, Bas Express Dan Ulat.

| 09 March 2011
Bulan lepas (selepas cuti Tahun Baru Cina)
Di ITBS, terpaksa beratur selama 30 mint sebelum mendapat tahu tiket bas ke JB pada sebelah pagi telah habis. Nasihat pekerja kauter,jika nak ke JB pada sebelah pagi kena pergi beli tiket di Terminal Sementara Bukit Jalil.
 

Copyright © 2010 N29