Keblinger

Keblinger

Iman Dan Istiqamah

| 10 February 2010
Dari Sufyan bin Abdillah ra, aku berkata: "wahai Rasulullah saw ajarkanlah kepadaku dalam (agama) Islam ini suatu ucapan yang aku tidak akan bertanya tentang hal itu kepada orang lain selain engkau, (maka) Rasulullah saw bersabda: “Ucapkanlah: ‘aku beriman kepada Allah’, kemudian beristiqomahlah”" (HR. Muslim)

"Sesungguhnya orang-orang yang telah mengatakan Rabb kami adalah Allah, lalu mereka istiqamah, maka para malaikat akan turun kepada mereka, dengan mengatakan, “Janganlah kalian takut dan bersedih hati, bergembiralah dengan sorga yang telah dijanjikan untuk kalian "(Fushilat:30)

Taubat - Satu Peringatan Untuk Semua

| 02 February 2010
“Wahai hamba-hamba Ku, engkau berbuat kesalahan siang dan malam, namun Aku mengampuni semua dosa. Maka mintalah ampun kepada Ku dan Aku akan mengapunimu.” (Dirwayatkan oleh Muslim)

“Orang yang bertaubat dari dosanya seperti dia tidak berbuat dosa.” ( Hadith riwayat oleh Ibnu Majah; Shahih Al- Jami’ , 3008)

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dangan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya).” (QS At-Tahrim [66]:8)

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang yang beriman supaya kamu beruntung” (QS An-Nur [24] : 31)

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada Nya.” (QS Hud [11]:30)

“Khabarkanlah kepada hamba-hamba Ku, bahawa sesungguhnya Aku-lah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang, …” (QS Al-Hijr [15]:49)

“Katakanlah : “Hai hamba-hamba- Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sensungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Az-Zumar [39] :53)

“Ibrahim berkata : “Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan nya kecuali orang-orang yang sesat.”” (QS Al-Hijr [15] :56)

“Kecuali mereka yang telah bertaubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Aku Yang Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (QS Al-Baqarah[2]:160)

“Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak menyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu.” (QS Ar-Ruum [30]:60)

“Tidaklah mereka mengetahui, bahawa Allah menerima taubat dari hamba-hamba Nya…” (QS At-Taubah [9] :104)

“ … dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (QS Al-Hujarat [49]: 11)

“… dan bahawa sesungguhnya azab-Ku adalah azab yang sangat pedih.” (QS Al-Hijr [15]:49)

Kerana Sebiji Kurma Doa Tidak Dimakbulkan

| 15 September 2009
Hari saya telah menerima e-mail dari seorang sahabat mengenai doa Ibrahim bin Adham yang tidak dimakbulkan kerana sebiji kurma. Semuga kisah ini mendatang keinsafan dan manafaat kepada kita sedang mencari laitatuqadar, malam 1000 bulan, yang mana kita disuruh memohon rahmah dan keampunan dari Allah pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan.

SEBUTIR KURMA


Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1kg kurma dari pedagang tua di dekat Mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu sebagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.

Empat Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. ? Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. ? Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya, "Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya..

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar. ? Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda , "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. Kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?" Lantas Ibrahim menceritakan peristiwa yang dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.. ?

"Nah, begitulah" kata Ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?"

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. ? Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."

"Dimana alamat saudara-saudaramu? Biar saya temui mereka satu persatu."

Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.. Tiba-tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.

"Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat halalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi forward-lah e-mail ini.

Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? Lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu.

Semoga bermanfaat.
Allahu a'lam.
Wassalam..

Aurat Wanita Dan Lelaki Dayus

| 31 May 2009




























Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak iaitu wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan kain tudung mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka."

Maksud ayat itu sangat jelas, tetapi ramai antara kita seolah-olah tidak memahami ayat di atas. Mereka tidak mahu mematuhi arahan menutup aurat itu sepenuhnya seperti yang disarankan dalam maksud ayat di atas.


Mereka enggan memakai tudung kepala, atau hanya menutup kepala dengan kelubung kecil, menampakkan bahagian depan dan ekor rambut. Adakalanya, walaupun mereka berjaya menutup kepala dan rambut, namun masih mendedahkan tengkuk, leher serta sebahagian dada atau memperlihatkan bentuk dada dalam baju yang ketat.

Mereka menutup kepala dan rambut sepenuhnya sampai ke dada tetapi masih memperlihatkan bentuk anggota badan dalam pakaian yang ketat sendat atau mendedahkan bahagian anggota lain seperti memakai seluar jeans yang sendak atau menampakan betis apabila memakai sarung sempit yang berbelah di bawah.

Mendedahkan aurat adalah ciri amalan tabarruj dan amalan kaum zaman jahiliah. Mereka yang mengamalkannya adalah mereka yang mempersendakan hukum yang telah tentukan oleh Allah.

Mereka tidak terbabit dengan tabarruj ialah wanita yang tidak keluar rumah, tidak bercampur-gaul dengan lelaki bukan muhrim dan apabila keluar, tetap memakai pakaian menutup aurat sepenuhnya dan wajah mereka tanpa bersolek.


Wahai para-para suami dan bapa ( termasuk diri saya) bertegaslah dengan isteri-isteri, anak-anak dan saudara-saudara perempuan kita mengenai aurat. Ingatlah perintah Allah dalam maksud ayat di bawah

Firman Allah bermaksud:

"Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Surah al-Ahzab, ayat 59)


Mereka yang gagal bertegas terhadap isteri, anak-anak dan saudara perempuan mereka dalam hal aurat adalah lelaki yang dayus. Orang dayus tidak tidak masuk syurga.

Dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“3 jenis manusia yg Allah haramkan mereka masuk ke jannah yakni peminum khamr, penderhaka kepada ibubapa dan pendayus yang membenarkan ahli keluarganya melakukan maksiat.”

(Hadith riwayat Imam Ahmad)

Semuga kita tidak dikatogerikan dalam golangan orang yang dayus.

Nota kaki:

Lelaki yang dayus - Mengikut tafsiran fuqaha, lelaki yang membenarkan perempuan dibawah tanggungjawab atau jagaannya melakukan maksiat/bergaul bebas, atau memperlihatkan kecantikan mereka kepada lelaki bukan muhram sehingga menggoda hawa nafsu mereka adalah lelaki yang dayus.

Pendayus akan mendapat balasan di akhirat yakni tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari qiyamat, dan dosanya setaraf org yg menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Maklumat lanjut sila klik di sini
 

Copyright © 2010 N29