Tiga Golongan Yang Tidak Masuk Syurga
Posted by
Sayedli
|
09 January 2009
Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. telah meriwayat sebuah hadis Rasullulah S.A.W. yang bermaksud;
“Tiga golongan tidak masuk syurga, iaitu yang pertama golongan penipu, kedua golongan bakhil dan ketiganya ialah golongan yang suka mengungkit-ngungkit (pemberiannya.) "
Menipu adalah satu perbuatan yang keji yang sangat dibenci oleh manusia dan Islam. Kita jangan sekali-kali menipu kerana menjadi penipu membolehkan seseorang itu tidak dapat memasuki syurga, maka bererti ia akan menjadi ahli neraka, wa-iya-zubillah.
Sekarang ramai orang suka menipu termasuklah dalam mencari rezeki, atau dalam jual beli, atau dalam kempen pilihanraya dan sebagainya. Janganlah kita masuk dalam golongan ini. Jadilah golangan orang yang jujur.
Jangan jadi orang bakhil kerana harta yang pada kita adalah amanah Allah S.W.T. Keluarlah zakat dan selalulah bersedekah kepada golangan yang berhak menerimanya. Lawan bagi orang bakhil adalah orang yang pemurah.
Namun jika kita bersedekah dan memberi sesuatu kepada seseorang kita jangan sekali-kali mengungkit akan pemberian kita. Perbuatan ini akan membuat penerima sedekah atau pemberian kita merasa tersingggung. Ia juga menunjukan kita tidak ikhlas dengan pemberian kita. Jagalah perasaan dan maruah saudara kita.
Anak-anak Palestine Adalah Anak-anak Kita Juga
Posted by
Sayedli
|
07 January 2009
Saya sedih, pilu dan marah apabila melihat gambar ini. Saya faham perasaan bapa kanak-kanak ini kerana saya juga seorang bapa kepada anak-anak saya. Anak-anak yang masih kecil ini adalah mangsa bedilan kereta kebal Israel di Gaza.Gambar ini saya ambil dari utusan malaysia pada 6/01/09.
Awas! Promoter Kad Hutang Di Hypermarket
Posted by
Sayedli
|
12 December 2008
Hari ini ketika saya berada di sebuah hypermarket di Kepong saya di sapa oleh seorang promoter kad hutang .Mula-mula promoter ini memujuk saya mengambil kad hutang yang dikeluarkan oleh sebuah bank tempatan. Saya tidak mahu dengan alasan saya sudah ada kad hutang.Beliau terus memujuk katanya kad hutang yang ditawarkan tiada yuran tahunan dan mempunyai had kredit yang tinggi. Saya masih menolak mengatakan saya tidak memerluka kad kredit baru.
Nampaknya beliau masih tidak berputus asa. Kali ini beliau menawar hadiah-hadiah percuma untuk saya pilih dengan syarat saya mengisi borang pemohonan kad hutang. Katanya lagi jika saya tidak mahu kad hutang tersebut saya boleh musnahkannya dan kembalikan kepada bank dengan menguna sampul yang dibekalkan. Saya masih bertegas yang tidak mahu kad hutang.
Akhir sekali promoter ini merayu kepada saya. Katanya hari ini dia belum dapat pelanggan lagi. Dia minta tolong saya memohon kad hutang agar dia dapat komisen untuk hari ini. Timbul juga rasa kasihan pada promoter kad hutang ini. Namun saya masih bertegas yang saya tidak memerlukan kad hutang tersebut sambil cepat-cepat meninggal tempat sebut.
Kegigihan promoter kad hutang ini mencari pelanggan boleh dicontohi namun harus diingat bahawa bahana kad hutang adalah membebankan kerana hutang itu adalah umpama setan yang hidup.

