Keblinger

Keblinger

Pengundi Hantu

| 05 March 2008
Pengundi Hantu adalah pengundi yang sengaja diwujukan oleh pihak tertentu untuk memenang satu calun pilihanraya dengan cara menipu dan tidak demokratik. Dengan terbatal pengunaan dawat kekal dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, pihak tertentu dijangka akan mengunakan pengundi hantu untuk memenang calun mereka terutama di Kelantan dan Terengganu.
Jika benar perkara ini berlaku rakyat Malaysia adalah bernasib malang. Pihak yang sanggup melakukan perbuatan ini adalah sebenar pengkhianat negara dan bangsa.
"Ya Allah Ya tuhanku, selamatkan Malaysia dari mereka ini."

Poster Ini Milik Siapa ?

| 04 March 2008


Saya sukar nak percaya ada pihak tertentu yang sanggup mengeluarkan poster seumpama ini semata-mata nak menang pilihanraya. Ini adalah satu penghinaan bukan sahaja pada PAS tetapi juga pada Islam dan orang Melayu umumnya. Saya cukup yakin pihak yang mengeluarkan poster ini adalah orang yang terdesak.

Ubah Gaya Hidup

| 03 March 2008

Klip Video "Ubah Gaya Hidup"

Selamat Hari Lahir Ke 10

| 02 March 2008
Selamat Hari Ke 10 untuk anakku Fatihah.

Gula-gula BN Tak Sedap

| 01 March 2008
"Gula-gula BN tak sedap" kata anak bongsu saya Maryam. "Kenapa tak sedap ?" tanya saya. "Ingat ke sedap macam rasa strawberi rupanya tidak, harap warna sahaja merah. Kalau abah nak abah ambillah." Lalu diberikan beberapa biji gula-gula berlambang dacing kepada saya.
Seorang kanak-kanak pun sudah tahu memilih. Dia menolak perkara yang dia tidak suka walaupun diberi percuma. Saya juga akan menolak perkara yang saya tidak suka seperti anak saya.
 

Copyright © 2010 N29