
Replika papantanda ini didirikan oleh pertugas PAS di SU, tetapi ia tidak dapat kekal lama kerana diroboh oleh pihak berkuasa tempatan walaupun masa berkempen belum tamat. Sebab-sebab ia dirobohkan tidak diketahui.
Laut yang tenang jangan sangka tiada tsunami
"Jangan serahkan Kelantan pada BN " pesan seorang pengundi dari Gelang Patah, Johor, apabila mengetahui saya adalah orang Kelantan. Saya bertanya balik, " Kenapa?", kerana saya hairan kerana kebanyakan orang Johor adalah pengundi setia BN-Umno.
"Super Arch Bridge" adalah satu mercu tanda baru yang akan dibina di Dubai. Negara yang dahulunya adalah sebuah padang pasir sekarang telah berubah wajah dengan pembinaan bangunan-bangunan dan infrastruktur yang bertaraf "super" adalah hasil dari penemuan emas hitam di perut buminya. Apakah ini salah satu daripada tanda kiamat yang pernah digambarkan oleh Nabi Muhammad saw?
Masyarakat dahulu sering mengaikan kubur dengan hantu. Jika ini benar bagai dikata parti manakah yang akan diundi oleh pengundi dikalangan hantu @ pengundi hantu pada pilihan raya kali ini ? Berdasarkan gambar yang diambil ini saya rasa pengundi hantu akan undi ... oop bendera yang ada tidak berapa jelas.
Hari ini selepas bersarapan pagi kami sekeluarga mengambil bersiar-siar di sekitar Beserah sebelum pulang ke SU. Fatihah ingin benar handak melihat pantai. Jadi saya telah menbawa keluarga ke Pantai Batu Hitam. Pemandangan di sini sunggoh indah. Apa yang unik tentang pantai ini ialah gegalur batu hitam yang terdampar di pantai ini. Hebat sunggoh kekuasaan Allah yang meciptanya.
Hari ini saya telah menyertai satu perhimpunan aman bagi mendesak pihak yang berwajib menyegerakan pembinaan masjid di SU. Lapan tahun saya rasa ia adalah terlalu lama bagi penduduk SU menunggu bagi mendapat sebuat masjid. Saya tidak tahu apa masaalah yang dihadapi oleh pihak yang berwajib. Nak dikatakan tiada tapak, tapak dah ada. Nak dikatakan tiada peruntukan saya dengar pihak pemaju Bandar SU telah menyumbangkan peruntukan yang banyak. Dengarnya lebih dari dari satu juta.Copyright © 2010 N29